Kebiasaan Yang Sukar Diubah


Cer teka apekah yang sedang dilakukan oleh Naurah ketika gambar ini diambil? ^^

Oeh yes. Dia sedang membuang hajat. Aku selalu la hangin sebab asal nak uk-uk aje mesti nak angkat baju tunjuk perot. Apekah? Dah jadi kebiasaan dia. Tapi aku tegur jugaklah cakap tak payah la nak angkat baju. Bajet baju tu kena ta*k ker nak? Awak tu kan pakai pempes. Tang mana nak kenanya tuh?

Pastu aku cakap la jugak malu ahh nampak perot angkat baju gitu. Dia ni tak kira kat mana, mesti nak angkat jugak baju tu. Kalau kat shopping complex, tak ker malu tetibe dia angkat baju gitu? Kadang dia dengar gak kata, tp at times datang angin kus-kus dia, apepontakbley weyh!

Malam tadi sblm tido as usual aku akan bersembang dgn dia tanya hows ur day at school, main dengan siapa, makan apa, mandi dengan sape etc. Pastu aku bagi la syarahan tentang dia dah besar, tak perlu pakai pempes dah. Dengar aku ckp gitu dia menangis la pulak. Dok relate dengan adik Pingu si Pinga yg masih pakai pempes. Pinga tu baby lagi OK. Memang la pakai pempes. Awak tu dah standard Pingu, dia mana pakai pempes lagi! Bila dia dah x boleh nak lawan point aku, dia menangis. 

Sebab malas nak dgr dia menangis, aku pon mengalah ckp yelah pakai lah pempes tu. Jangan nangis dah. Ibu sorry okay! Dia pon angguk kepala sambil mencebik & kiss my cheek. Benda mcm ni takes time kot. Aku malas la nak paksa dia takyah pakai pempes eventho dia mmg dah boleh tahan pee2 & ckp nak ke toilet. Masalahnya dia taknak. Bukan dia tak boleh. Tak sure cara aku taknak memaksa dia ni betol ke salah. Tapi aku memang tak suka nak paksa dia buat apa yg dia tak suka. Kompius sket bab ni.

Pastu nak borak balik pasal citer Pingu yang dia tengok tadi kat henfon aku. Macam la aku tgk sama Pingu dia tuh. Tp soalan dia 'ibu, camne tangan Pingu boleh terlipat?'. 'ibu, kenapa Pingu jatuh dalam air?'. Haihhh...dan banyak lagilah soalan yg aku tak reti nak jawab macam mana. Yang lg geramnya bila aku bg jawapan yg dia tak puas hati, lagi mau marah aku. What the......T T

Banyaknya soalan awak Naurah. Can we go to sleep? 

Akhirnya aku tertido, habi naik atas dia kata Naurah blm tido while aku dah krohhhh krohhhh phewww....Kahkahhh. Memang selalu macam nie pon tiap malam hewhewww ^^



 Nampak dah besar sangat kan? ^^ Lagi 2 bulan+ je nak 3 tahun. Mestilah dah besar kan?








Popular Posts