Kenangan Lama : Sekolah

Lately bila kebosanan aku teringat pulak kenangan lama masa zaman kecik-kecik dulu. Kenangan aku tak banyak pon. Banyak yg dah lupa. Maklumlah dah makin tua. So antara yg aku masih ingat ialah masa usia aku lebih kurang Naurah kot. Bila tengok Naurah kadang susah benor nak pakai baju & syok berbogel taknak pakai pempes, aku teringat jugak peel aku masa tu. Sama. Hahahaha.

Pastu bab sembelit Naurah yg semakin membaik skrg ni. Bila cerita pada mak, dia kata aku pon dulu ada masalah yg sama. Berjam-jam nak tunggu selesai membuang hajat. Yang ini aku dah lupa & bila mak ingatkan barulah semuanya tertayang semula depan mata. Its true ^^ So ini pon awak menurun dari ibu ker yunk? Maafkanlah ibu yer. Ibu ni sampai sekarang memang kurang minum air. Tak mudah rasa dahaga. Sebab tu ibu kuat aje nak berpuasa selalu. Cuma tahan lapor ajelah yg menduga =)

And then aku teringat pulak zaman aku sekolah rendah. Abah kan peneroka felda. Kira orang susah la jugak kami nie dengan adik beradik seramai 7 orang. Kat sekolah rendah macam best la jugak terutamanya ada kakak & abang yang pandai. Cam semua cikgu pon suka kat kita expect kite pon pandai macam kakak & abang. Padahal adiknya hampeh aje. Hahahaha. I consider myself as sederhana ajelah. Tak pandai & tak bodoh. Biasa. Kalau waktu penyampaian hadiah, jadiklah aku tukang jaga hadiah kakak & abang yang sebemban. Hadiah aku cuma 1. Bahasa Melayu 100 markah. Kahkahhh.

Aku paling suka kenangan masa waktu rehat. Time rehat aje mesti dgn a few friends yg sama bukak bekal duduk bawah pokok ru & makan saling bertukar lauk. Sebab orang susah, hari-hari lauk aku adalah telur & kicap. Sampai sorang kawan aku cakap 'awak ni hari-hari asyik lauk telur ajelah'. Hehehe. Dah itu yg mak bekalkan, aku makan ajelah. Yang penting ada bekal & perut pon kenyang. Lauk apa tu aku redha ajelah. Kawan tu mesti boring kot sebab asyik bertukar lauk dgn aku dapat telur. Bwahaha ^^

Kakak-kakak & abang aku tak pernah bersekolah menengah kat felda tu. So masa naik ke sekolah menengah, aku kena cipta reputasi utk diri aku sendiri. Tak boleh dah nak kena tempias ada kakak & abang yang pandai. Hewheww. Bila naik tingkatan, of kos lah dah pandai bab bercintan cintun. Ini semua pengaruh rakan sebaya la kebanyakannya. Tapi seingat aku tak pernah sekali pon aku declared yg aku & mana-mana budak lelaki itu adalah couple. Setakat gosip liar tu adalah. 

Tak sangka ada jugak budak lelaki kt sana yang minat kat aku. Yang paling terkesan kat hati sorang senior 2 tahun tua drp aku. Gigih sangat dia nak memikat aku sampai sanggup nak temankan aku berjalan balik drp sekolah agama sampai ke rumah berjalan kaki. Hohh...takot gila aku masa tu sampai macam nak menangis. Kang buatnya ada makcik pakcik felda nampak kejadian tu kabo kat Abah, nahas aku dibuatnya. Abang tu cute jugak sebenarnya kat mata aku. Hehehe. Tp aku memang tak reti lah cintan cintun neh. Ai kan pemalu orangnya. Kihkihhh.

Then ada lah lagi a few boys yang ngorat tapi macam gitu ajelah. Aku jual mahal aje. Tak minat. Aku layan boyband & syok sendiri kat ahli yg hemsem cam band N sync & Backstreet Boys. Masa tu mana ada band Korea ni semua. Semuanya band drp barat aje yg famos amos. 

So zaman sekolah menengah aku adalah best la jugak. Ada peminat drp kalangan budak lelaki & aktif main bola baling/jaring. Dapatlah sampai wakil sekolah pergi merata.Terbukak sikit pandangan mata masa tu. Haha. Bab study pulak aku so-so aje. Masih sederhana. Cuma kelas memang yang 1st ajelah. Masa Form 5 dapat jadi Pegawas. Kerek ah sikit pakai kasut hitam. Tudung & kain kaler hijau lembut. Cantik! ^^

Masa Form 4 dah start bawak motor ke sekolah. Biasalah kampung. Tak payah nak pakai helmet bagai. Haha. Suka sangat bawak motor laju-laju merempit sensorang. Nak terbang tudung kalau tak pakai bebetol. Wakakaka. Kelakarnya kalau ingat balik.

Jangan gelak haa tgk gambo lama aku cilok kat FB kengkawan sekolah dulu. Ahh rindunya saat-saat bergembira tanpa memikirkan apa-apa masalah ^^


Telinga capang oii!!! Hahaha. Darjah 2 ^^

Sekolah Agama Khas - Form 2/3

Ni ada sambutan Maulid Rasul kt sekolah - Form 2
Form 3 - Solat Zohor kat surau sekolah

Rindu pulak nak jumpa kawan-kawan sekolah. Mesti nak tergelak aje kalau semua orang bawak gambar-gambar lama & imbas kenangan kan? Bestnya. 

Yang tak bestnya dulu aku kurus skrg dah gemok. Mesti asyik kena kutuk hewhewww ^^


Last but not least Form 5..otai...me with 50kg weight kohfs








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat