Anybody Miss Me?

Ade ker yg rindu aku update blog ni? Ecehhh...tetibe nak perasan ade rindu ni apahal kan? Haha. Sesekali blofg nie terbiar. Bukannya selalu. Mesti ada yg pelik. Takde ape yg nak dipelikkan pon. Isnin aku apply leave, Selasa public holiday for Selangor state & semalam aku EL sbb Naurah demam. So hari ni bekerja la balik spt biasa. Busy settlekan minutes of meeting dulu. Dah halfway siap baru jenguk sini pulak. Cannot wait ^^ Rindu kat blog yg setia neh.

Cuti lama ritu habis masa kat KL. Rumah Kak Ya. Who else kan? Sampai naik muak aku duduk dlm rumah dia. Rasa nak pitam kebosanan. Tp bile dah keluar, naik lenguh kaki berjalan spt tiada sudahnya. Thats what happen on Sunday. Dari Kenanga Wholesale City sampai ke KLCC & berakhir di Aeon Alpha Angle. Keluar pagi balik rumah hari pon dah gelap sebab hujan & nak maghrib. Hebat kan?

Yg paling spoil sekali handbag aku boleh pulak tertinggal kat BBST. Siot betol. Hancur musnah harapan nak shopping gila-gila. Maybe mmg ada hikmahnya kot. Ade nak pakai banyak duit gaknye lepas ni. Sape tawu ye tak? Disebabkan itu aku hanya paw Kak Ya & habi. Best. Hahaha. Tp tak dapat la nak all out sebab orang belanja. Tak sampai hati nak menghabiskan duit orang lain. Baik kan aku? =B

Skill menaip aku dah kelaot hari ni. Asyik salah eja. Bahana cuti panjang. Cisss. Kurang lancar menaip. Kedek-kedek macam itik. 

So ape yg dpat dirembat kat KWC ialah 8 shirts Naurah yg berharga RM80 semuanya. Then baju blouse aku dapat 2 helai. 1 handbag. Kecuali baju Naurah, yg lain Kak Ya belanja. Eyh tapi aku nk transfer duit la kat akaun Maybank dia hari ni. Tak best plak rasanya amek kesempatan banyak sangat. Orang kaya pon boleh muflis kalau asyik kena paw kan? Haha

Kat KLCC kitorang pegi PC Fair. Kebetulan aje. Tak tawu pon ada. Haha. So banyak habis masa kat sana la jalan ushar gadget terkini. After that baru beli barang nak buat mock Seoul Garden kat Aeon. Perghh..penat gila. Tapi best. Jalan dengan kakak & adik-adik. Heaven. Selasa habi datang amek kami balik BBST. Before that sempat merewang kat Aeon AU2, Keramat. 

Habi terlupa bawak handbag aku dr rumah even aku dah pesan. Apekah????

Tanda nak soh paw dia lagi kot. Haha.

OK. Nak sambung buat minutes. Nanti aku cari idea update lagi kat sini okay. Masih kepeningan after 5 days bercuti. Working shocked!!! Hohohoh....Puihhhhh.....


p/s: congrats to Mun on your 2nd pregnancy ^^ take care okay!!

makin ketinggalan nampaknye....hurmmm....

handbag tak bawak, 1 keping gambo pon takde...huwarggghhhh...tekanan!!!





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat