Bekerja & Memasak

Selasa lepas negeri Selangor cuti. So bila habi dah sampai KL, berjalan la ape lagi. So pegi Aeon AU2 & terjebak la pegi tempat bebudak main. Sekali masuk RM4 & hour seterusnya tambah RM1. Tetibe akak duduk sebelah tegur ajak nyembang. Peramah akak tu. Kalau aku sekadar senyum tu takde hal la. Tp nak menanya itu ini penyegan la pulak.

Akak tu kata dia nampak muka aku asyik tersenyum aje, so dia pun berani nak tegur ajak nyembang. Ada orang kadang katanya tak suka menyembang. Pelik katanya. Huhuhu. Siap boleh tanya aku kenapa yer ade orang macam tu? Entah la kak. Dah memang peel dia gitu kot. Saya ni kalau org tegur mmg sokay aje. Tak pandai nak menyombong pulak.

Banyak jugak menyembang dgn kakak tu. Dapat byk tips jugak drp dia dlm penjagaan anak. Baik aje akak tu. Tak sangka ada lagi orang KL yg peramah yer. Naurah bila nampak aku nyembang dgn orang, elok pulak boleh berdikari main sensorang. Cer kalu tidak, asyik panggil aku soh teman dia or tengok dia main. Hehe.

Habi nampak aku jumpe kawan terus bawak diri main game pistol. Sabor jelah hehehe. Baru nak ajak dia nyembang same. Hahaha...

Akak tu suri rumah. Bestnya kan? Anak dia 2 org sepasang. Lelaki & perempuan. Dia tanya aku anak sorang lagi ke? Ckp jelah yup. Katanya elok dah la tambah lagi dgn umur aku skrg. Sok dah makin berumur badan penat sana sini jaga anak kecik. Lagilah sbb aku bekerja katanya. Then dia tanya lagi, balik keje masak ker? Aku cakap la yup. Dia macam x percaya. Dia kata tabik la bini pas keje masih boleh masak utk suami. Selalu dgr orang seme makan kedai katanya.

Rasa bangga la pulak jd isteri yg mmg boleh kata masak hari-hari ni. Makan luar rasanya even sedap tp dia takde kasih sayang. Makan masakan kita ni rasa puas hati & even simple terasa kasih sayang tu dlm masakan. Ewahhh. Pandai aku aje kan. Haha. Thank god jugak pd aku memasak ni kachang aje. Senang ah. Campak itu ini siap!! Kejap aje. Dlm 30 minit pon boleh siap masak 1 lauk & 1 sayur. Makin lama makin cekap kot. Resipi semua dalam otak aje.

Kepuasan memasak ni bila tgk habi & anak makan dgn selera. Hilang semua rasa penat memasak tu. Nak 1000 daya kan? Sekali sekala mkn luar mmg best aje. Klu hari-hari sumpah muak! Bagilah yg sedap mcm mane pon.

Tp minggu ni byk makan luar la kami psl x beli barang dapur pun. Kes banyak cuti khennn. Malam ni or mlm esok wajib beli lauk pauk. Dah rindu nk makan masakan sendiri. Bwahahaha....






Popular Posts