Kesakitan & Kematian

Allah....terkesannya hati bila membaca blog orang yang dalam kesusahan & kesempitan. Dugaan Allah tu boleh datang pada bila-bila masa. Saat kita bergelak ketawa, ia pun datang. Saat kita gembira & bahagia, ia pon datang. Siapa yang sangka? Siapa yang tahu?

Macam aku yg sedang menaip pd ketika ini. Dengan kesihatan yg tidak memberansangkan pada tahun ini. Adakah akan 1 hari nanti tiba-tiba ada penyakit yg serius dapat dikesan pd badan. Ahh...memang kita tak dapat nak meramalnya. Tapi bila ianya datang, dapatkah kita bertahan?

Hari ni sihat, esok pon boleh mati bila dah sampai masanya. Tak perlu nak tunggu esok, pagi elok menaip entry, petang boleh jadi dah tiada. Allah...terasa kerdilnya diri ini di sisi Mu Tuhan.

Kesakitan & kematian. Sesungguhnya 2 perkara ini adalah antara perkara yang paling digeruni manusia. Kalau bukan kita yang berduka kerana kehilangan seseorang yg kita sayang, orang lain pula yg berduka kerana kehilangan diri kita. Kalau bukan kita yang susah hati sebab orang yg kita sayang ditimpa penyakit, kita pula yang merana kerana dihinggapi penyakit.

Segalanya adalah mungkin. Takdir Allah atas diri kita sudah pun ditulis di dalam buku-Nya. Kita cuma mampu berdoa & mengharapkan yg terbaik utk diri kita & yang disayangi. Itulah senjata orang mukmin. Doa.

Ya Allah, walau apa pun dugaan yang bakal Kau timpakan pada diriku, berilah aku kekuatan & ketabahan hati dalam mengharunginya. Aku takkan sekali-kali menyalahkan takdir-Mu kerana semuanya adalah kerana Kau menyayangi aku sebagai hamba-Mu.

Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik utk diriku. Wallahualam.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat