Pakar Membuat Onar

Bulan ni ngam-ngam 9 points kena sbb datang lambat. 1 point lagi dapat memo la drp HR. Hehehe. Kak Niza pulak tak bernasib baik. Tunggu jelah memo dtg tak lama lagi. Sabar ye kak. Hohoho.


Pagi ni aku nak cerita tentang Naurah. Pergh...budak ni skrg kepochi ya amat. Bercakap non stop. Penat owh nak layan. Aku tanya Anje kat taska mcm tu jugak ke? Dia kata ha'ah. Kekeke. Masak ah nak melayan gitu. Adik aku kata kadang tak terlayan. Biarkan aje dia sembang dgn kengkawan dia. Kohfs.

Ade lg 1 peel ni yg mmg tak boleh tahan. Naurah skrg pakar menyepah rumah. Sekelip mata rumah yg kemas boleh jadi haywire sana sini. In a way mmg dia tak kaco kita la kan sbb sibuk buat onar. Tapi penat la nak kemas byk kali. Habi pon sampai da tak boleh tahan. Dia soh Naurah kemas balik yg dia dah buat sepah tu. Kadang berjaya, kadang tidak. Hahaha

Dan-dan cakap penat la hape la bile soh dia kemas balik. Masa buat sepah tak penat la pulak khennnn -.-"

 Naurah jugak dah gain weight lah. Even aku tak timbang pn lg, tp aku dpt rasa la dia bertambah 1kilo ke gitu. Maybe dah 13kg kot berat dia. Tak larat betul nak dukung dia skrg. Dia pulak dah besar makin ngada-ngada nak berdukung bagai. Klu dgn aku mmg aku bolayan ajelah. Paksa dia soh pakai selipar & jalan sendiri. Habi jelah kdg rajin melayan dia nk berdukung. Daya orang laki lain ork drp kita pompuan neh. Aku ni dah la membawak diri pon berat. Lagi mau tambah berat budak tu. Tak kuase mak kihkihhh

Skrg kan pepagi sblm pegi keje sementara tunggu habi siap sidai baju or sapu sampah, aku & Naurah akan berjalan kedepan sikit ambil angin pagi. Bestnya pagi-pagi skrg angin kuat taw. So berjalan la kami 2 beranak sambil kadang memetik buah ceri kat pokok tepi jalan. Pastu duduk kat atas batu simen tunggu habi pick up kami. Bukan jauh pun jalannya. Dlm 50m aje dr rumah hihihi. Syok sbb angin yg kuat tu. Rasa mcm nak main layang-layang aje ^^

Tapi yg tak tahannya cuaca skrg sangat panas. Matahari memancar dgn kuat sekali. Malam-malam tido dlm ekon pon kadang tak rasa. Lagi la kite tgh membuyong ni, panas dia lain mcm. Sedangkan habi pon kata panas, aku lagi la da mcm cacing kepanasan. Kejap pusing sana, kejap baring kot melintang kjp membujur melintang patah. Dah mcm aksi & gaya dh atas katil tu. Hahaha. Nak cari port yg bebetul rasa selesa & dpt melelapkan mata. Tiap malam struggle taw! Habi sampai geleng kepala aje tgk kihkihhh

Hari ni habi gosokkan jubah biru. Aku cam bajet jubah ni mesti dah ketat ni. Tp bila pakai rasa OK pulak. Bajet mcm sarung nangka dh dibuatnya. Hehehe. Dah menghampiri 3 bulan ni aku rasa aku kena paksa diri beli kain cecepat utk buat jubah besar. Kang nk tggu orang siap jahit lagi. Amek masa ork? Hrp weekend ni aku sihat la spy dpt jalankan misi ni. Amin.






Popular Posts