Teruja

Hari pertama my bos takde kat opis. She's on holiday for about a week. Best woh nak pergi melawat Masjidil Aqsa kat Palestin sana. Dia kata akan disana selama 3 hari 2 malam. Then hari-hari yg lainnya g melawat Jordan & tempat sekitarnya lah kot. Untung orang ada kemampuan dapatlah tengok tempat bersejarah Islam kan? Manelah tawu in future aku pun ada peluang. Hehehe ^^ InsyaAllah lah yer.

Kak Ya ada ajak ke Perth, Australia next month kalau tak silapnya. Hoihhh..tak dapek ler kami tgh mengumpul duit laki bini nak menyambut kedatangan orang baru ni kan. Kak Ya pon ajak-ajak ayam aje tu. Aku tawu punya. Kang takot kalau tak ajak kang kata benda lain pulak yerk. Hahaha. Dah ler aku perot dah boncet gini tak kuase kot nak fikir ttg jalan sana sini. Nak bawak diri pon dgn susah payah skrg. Apetah lagi nk berjalan byk kat negara orang. Takut membazir aje kalau pergi. 

Then she said nak ajak mak & abah sekali pergi. Alhamdulillah. Seronok mendengarnya. Untung mak abah ada anak yg berduit & tak berkira mcm Kak Ya. Memang rezeki deme lah =) Nak harap anak ke-4 nye ni.....lahai....apelah sgt yg boleh orang bagi mak..abah....Takat bagi cucu ajelah kot. Hahahah =P

This Friday night, InsyaAllah kami akan bertolak balik ke kampung. Last kami balik pd bulan 12 tahun lepas. Woww...lamanya. Tahun lepas ko! ^^ Tp dlm tempoh tak balik tu mak abah selalu lepak rumah Kak Ya kat KL nuu. So mmg byk kali jugak jumpanya. Cuma tak syok la pasal kami sukakan suasana kampung bukannya bandar. Muak dah kot ddk bandar neh. Hihi

So tu pasal sgt excited akhirnya nak balik kampung kat Johor sane. Kebetulan ada wedding invitation kat JB. Anak pakcik belah abah bernikah. Anak yg pertama pulak tu. So pakcik ni memang jenis aktif & selalu jgk dtg klu ada majlis rumah kami yg dia boleh attend. Tak sanggup rasanya nak tolak invitation ni. Furthermore utk kenduri anaknya ni nanti dia gunakan khidmat perunding majlis dari keluarga kami jugak. My adik ipar iaitu suami kpd adik perempuan aku which is Walid kepada si Abu Bakar. Tak sabar nak tgk perhiasan yg semestinya menarik kat majlis tu nanti. Terkenang pulak kang kat majlis sendiri dulu ^^

Memang ada sebab utk rasa excited. Moga Allah lancarkan segala urusan. Amin.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum