Gajah Bertemu Rimau. Aummm!!!

Merah lagi punch card aku hari ni. Tetibe habi noticed ada trip kat rumah kami. Check punya check fridge yang bermasalah. Allahu Akbar. Baru malam tadi beli sotong, ketam & ikan bagai. Kelam kabut la kami dibuatnya. Sudahnya terpaksa la hangkut semua lauk basah ke opis. Tumpang fridge opis habi. Takde arah dah. Seb baeklah tak memborong banyak sgt lauk sbb fasa memasak yang masih on & off. Sambal kupang pon dah masak malam td. So berkurang sikit lauk yg perlu diselamatkan.

Ni tak tawulah MIL jumpa orang ke tak utk tgkkan fridge kami tu kat mana masalahnya. Harapnya tidak lah sampai kena tukar fridge baru. Duit banyak nak kena simpan utk menyambut kelahiran adik baby. Nak buat kenduri akikah dah kena 2 ekor kambing. Kihkihhh. InsyaAllah hrp semuanya dipermudahkan ajelah. Moga rezeki drp Allah tak pernah putus utk kami sekeluarga. Amin.

I just got good news from Kak Niza. Alhamdulillah visanya utk menunaikan umrah bersama keluarga telah pun diluluskan. I'm so happy for her. Sebelum ni ada masalah sebab Kak Niza masih single & kena ada mahram kalau nak kesana. Kesian dia sebab dah teringin sangat nak pergi tapi tak boleh. Akhirnya 1 family dia kali ni setuju nak pergi bersama & masalah pun selesai. Next week Kak Niza dah nak pergi. Moga dapat umrah yang mabrur & jangan lupa doakan yang baik-baik utk kami sekeluarga ye kak! 

Ohh...bahang kemenangan masih ada dalam diri. Malam td pasukan bola sepak JDT bertemu Selangor utk perlawanan suku akhir Piala FA. Masa lawan kat Johor team kami dah kalah 2 - 1. Semalam pun memula dah kena sebijik. Then pemain import baru Nunez yang menggantikan Guiza sumbat 2 gol yang cantik utk JDT. Hasilnya tamat masa terikat 3 - 3. Masa tambahan 30 minit tak ada jaringan. So penentuan penalti menyaksikan keeper JDT menyelamatkan 2 sepakan drp pemain Selangor. Keputusan akhir penalti 4 -2. Yeayyy!! Happy sangat sebab tak bajet menang. Ritu kan masa Liga Super JDT kalah teruk dgn Selangor. Tu yang rasa mcm takde harapan sangat. Tp itulah namanya bola sepak. Selagi wisel penamat belum berbunyi, anything can happen =)

So separuh akhir nanti JDT akan bertemu pasukan Pahang. Ni nak ajak Na gocoh dulu sblm perlawanan berlansung. Tengok mak yong yang menang ke dia. Kahkahhhh...

Gajah bertemu harimau. Aummmm!!!!







Popular Posts