Malam Yang Panjang

Huwaaa....pagi-pagi dah rasa nak menangis. Ini semua kerana mengenangkan malam td kami semua tido bak cacing kepanasan. Rupanya DB board kami yang rosak. Yang boleh function cuma lampu & kipas sahaja. Plug point, fridge, tv semuanya tak boleh ON. Habi siap tido atas lantai marmar yg tak bape nak sejuk pun sbnrnya. Haha. Naurah conquer katil siap kaki tangan mendepang habis. Aku pulak tak lena tido. Kejap-kejap terbangun dek bahang yang terasa. Kepala pon sampai jd ting tong dibuatnya.

Dekat pukul 5am Naurah & aku sama-sama terjaga. Sibuk mencari ayahnya yg tido kat atas lantai. Siap ambil bantal tido sebelah ayah meninggalkan ibu kesorangan. Takpe. Dpt conquer katil luas sensorang mmg heaven. Tiba masa ibu pulak tido depang tangan luas-luas. Hihi. Tapi tak lama pun dia kat bwh tu, tetibe dah naik balik tido atas lengan empuk aku. Kami cuba utk tido tp tak boleh. So aku ajak Naurah turun bawah & clearkan sinki. Pastu buat nasi goreng utk breakfast. Pukul 6am dah siap semuanya.

Naurah request breakfast awal & aku jd peneman dia ajelah. Sempat wassap kejap dgn geng semua. Haha. Lps solat Subuh aku dah rasa mengantuk balik. Sempat la tido dlm setengah jam. Naurah pun tido balik jugak. Sangap dua-dua. Turn habi pulak bangun & sapu rumah =) 7.15am bangun & mandi. Ahhh...malas gile rasanya nak pergi kerja. Tp ddk rumah pon bkn boleh buat apa. Baik pegi opis ada ekon. Hehehe.

Tp Naurah relax aje boleh tido dlm kepanasan gitu taw. Cuma dia terbangun awal ajelah pagi td. Sblm tu mmg aku tgk lena betul dia tido. Masa ckp dgn dia ekon rosak, dia sokay aje. Takde pon merengek kepanasan ke ape. TV tak boleh ON pun dia sokay. Takde pulak ngamok nak tengok kartun ke ape. Anak siapalah yang baik sangat tu kan? =P Mak paknye pulak yg lelebih berzikir panas...panas...panas. Ceh!

Owh yer. Hari ni aku pakai skirt & blouse yg tak perlu digosok ke opis. Plug point semua kan kong T__T Rasa macam bukan nak pergi kerja. Macam nak ke Alamanda. Kihkihh. Psstt...big bos takde hari ni attend course sehari suntuk kt KL. Amacam? Ade bran? Hahaha...

Harapnya masalah DB tu dpt diselesaikan hari ni. Plissssssss.....

Tak sanggup membayangkan 1 malam lagi menjadi cacing kihkohkih





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat