Goodbye Cik Anje

Hari ni nak update tentang life baru keluarga kecil kami. Last week kalau tak silapnya Anje my sister yang almost 2 years jugaklah tinggal dengan kami & kerja kat taska Naurah berhenti kerja. Reason dapat kerja taska baru kat Kempas, JB. Hint job from my another sister yang duduk kat JB sane. Ad hoc sangat so memang mcm terpinga-pinga jugaklah dibuatnya kami. MIL pon mcm panic je pasal around this July dia dah pencen. So nanti memang dah takde family members la yg boleh tengok-tengokkan Naurah kat sana. Plus lately habi selalu kerja lebih masa. Kerja hakiki bukan kerja for extra income pun. So masalah juga disitu.

Memanglah cabaran tetibe lebih utk kami. Tapi aku pun fikir sampai bila adik aku nak duduk dgn kami? Lambat laun dia pun mmg kena teruskan hidup juga. Kahwin & sebagainya. Cuma yelah....tak sangka dlm masa terdekat ni sbb takde angin takde ribut tetibe dh berhenti kerja & the day after that balik Johor. Terpinga-pinga gitu. Hehehe. Whatever it is I wish her all the best ajelah. Dan kami pun kenalah biasakan diri semula hidup bertiga for the moment.

Memang ada rasa kekok jugak sbnrnya. Naurah pun selalu tanya where is Cik Anje? Terus terang ajelah cakap Cik Anje dah balik Johor kerja kat sana. Seb baek la budak tu tak menangis nak jugak Cik Anje nya. Kalau tak poneng jugak kepala mak hehe. Sblm ni kalau malas nk basuh berak Naurah or buat susu dia boleh jugak mintak tolong Cik Anje nya. Kali ni takde takde extra help lah yer.

Suasana dlm rumah pun tiba-tiba berubah bila tinggal bertiga aje. Aura nya lah. Susah nak describe tapi habi nampak lebih santai & relax. Yelah...dulu nak pakai shorts depan adik ipar dia segan kot. Skrg dah boleh la psl kami aje. Nak bukak baju kalau panas pon dah takde masalah. Kalau dulu dia segan jugak. Then dia pun lebih senang ketawa kuat-kuat or bergurau dgn lebih kerap berbanding dulu. Mostly nampak perubahan pd habi lah. Naurah & aku mcm biasa aje. Overall semuanya baik-baik saja.

Siblings kami yg lain terkejut gak dgr cerita Anje dah tak duduk dgn kami. Macam tiba-tiba sangat. Kak Ya lah ralat sebab dia dah lama ajak Anje duduk dgn dia kat KL sana. Yelah...rumah besar lawo camtu duduk sensorang sunyi la kan. Kalau aku jadi Anje pun baik duduk dgn Kak Ya lagi best. Keje gaji tak besar mana pun tp kalau dpt elaun drp kakak kayo ape ruginya kan? Hahahaha. Lagi pulak best boleh shopping sana sini belanja semua Kak Ya tanggung. Perghhh.....mmg rugi la tolak tawaran Kak Ya tu. Boleh pulak terima kerja yg gaji bbrp ratus beza je dgn yg sblm ni & duduk hostel. Dgn takde keretanya. Boring kot. 

Biarlah. Life dia, dia lah yg tentukan sendiri. Kita ni tak tawu cerita keseluruhan boleh la assume macam-macam. Maybe dia ada alasan dia yg tersendiri. Now my brother & Kak Ya tgh try cari peluang kerja utk Anje spy dia boleh tinggal dgn Kak Ya. Itu pn sbb ade dgr cerita drp Mak yg Anje mcm tak suka kerja barunya. We'll see how it goes. Kalau Anje nk duduk balik dgn aku pun kami sokay aje. Tp maybe tak kot. Boring dah gaknye bertapa kt situ. Hahaha.

Area rumah kami duduk ni bukan happening mana. Lain lah klu kat area rumah Kak Ya sane. Bandar besar KL.




 





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat