Happy 4th Anniversary To Us

Woot wooottttt ^____^

Di sebabkan hari ni adalah hari yang terakhir aku bekerja utk minggu ni, makanya kenalah tulis pasal sambutan anniversary kami yang ke EMPAT (4) tahun 2013 ni. Lusa adalah tarikh kami bernikah di Masjid Jamek Felda Linggiu. 23.05.2009 - 23.05.2013. Dah menghampiri fasa pertama dah usia perkahwinan kami. 4 tahun yg sangat pantas berlalu. Anak pun dah nak masuk sekolah tahun depan. Rasa macam tak percaya aje.

Rangkuman 4 tahun kami hidup bersama adalah sangat seronok. Untung lah dapat suami yang soft spoken, penyayang & bertanggung jawab. Tak susah nak hidup aman damai dgn habi neh. Dia pun bukannya banyak songeh sangat. Sikap aku pun byk berubah disebabkan dia. Hidup bersama orang baik secara tak lansung sifat negatif kita pun terhakis sama. Macam tak tergamak kot orang baik kita nak berjahat-jahat pulak dgn dia. Hehehe.

Kan orang selalu kata, orang yang paling terdekat dengan diri kita adalah orang yg paling banyak akan mempengaruhi hidup kita. So aku rasa memang ada betulnya. Mcm orang kata kalau nak tau sifat ssorang manusia tu, lihat lah pd kawan baiknya. Dah tentu-tentu bila ada suami dialah kawan baik kita juga scr tak lansung. So begitulah adanya kami. Hidup saling bertolak ansur, bergurau senda & sentiasa berbincang utk mendapat kata sepakat.

Gaduh manja tu biasa lah. Tapi sangat jarang & memang tak boleh nak bermasam muka lama-lama pun. Baru bbrp jam dah rindu nak baring atas lengan dia sambil tgk tv. Guane? Hehehe. Kdg geram jgk dgn diri sendiri sbb tak boleh nak merajuk lama-lama. Tp dh mmg itu yg sebaiknya kot. Cukup lah merajok masa bbrp bulan bercinta dulu. Kesian orang tu sampai tak tidur malam takot tak jadi kahwin. Bwahahaha =P

Disebabkan kami ni bercinta secara haram tak lama, makanya bila dah jadi halal, terasa masih sentiasa di alam percintaan. Sampai lah skrg okay! Syukur jugaklah dpt merasa cinta masih berbunga-bunga selepas berkahwin. Macam orang yg baru bercinta hanya slps berkahwin jugalah. Sejujurnya mmg saranan Islam itulah yg paling terbaik utk kita cuba ikuti. Aku rasa mmg ada betulnya kalau bercinta terlalu lama sangat baru nak bernikah, kemanisan tu banyak yg dah hilang. Mengenali pasangan kita terlalu mendalam pun tak semestinya bagus. Elemen surprise tu dah kurang. 

Kalaulah masa tu dapat diputar semula kan? Takpelah. Lupakan yg lama & tumpukan pd yg akn dtg. Sentiasa semai dlm hati rasa cinta pd suami. Jangan suka memendam perasaan sampai memakan diri. Semua benda boleh dibawa berbincang. Bincanglah drp hati ke hati. Slow talk. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saje.

Aku pun masih lagi belajar & memperbaiki diri utk menjadi isteri yg lebih baik utk habi. Sebaik mana pun pasangan kita, never take it for granted. We can never knew what will happen in the future.

Moga Allah sentiasa lindungi rumahtangga kami & diserikan dengan anak-anak yg soleh & solehah sehingga ke akhir hayat. Amin......

HAPPY 4TH ANNIVERSARY TO US! AND FOR THE MORE YEARS TO COME....
INSYA ALLAH =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat