Jalan - Jalan Melaka - Final Day

Yeayy dah masuk final day. Hari ketiga ni kami breakfast di hotel jugak. Kali ni buffet sebab manusia dah ramai. Maklom lah Wesak Day. Hari cuti maa. Breakfast dia adalah not bad. The foods was nice & variety. Overall memang puas hati dengan bayaran yg dah dibuat. Ohh btw aku booked hotel kat sini using agoda. This is our 2nd time using agoda service & puas hati. Cepat & takde masalah lansung. Recommended! The price for 3 days 2 nights stay at Bayou Lagoon Park around RM340+ plus breakfast, water park & tax. All in la senang cakap. Tak payah fikir banyak.

Pukul 12tghari kami check out & cepat aje urusannya. Nak balik BBST macam masih terlalu awal. Bukan nak buat apa pun balik rumah awal-awal. So menuju la ke pusat bandar semula. Terkejut bila tengok masa tu bandar Melaka jalan rayanya agak lengang. Semua sambut Wesak Day mehhh??? Gumbira betul drive sana sini dgn aman. Tapi bila masuk Jonker Street, berderet la kereta lalu kat situ. Kami tak turun pun. Cuma tgk aje suasana sibuk & meriah kiri kanan jalan. Semuanya mata sepet. Mata besor boleh dikira dgn jari hehe.

So kami lalu ajelah gitu kat Jonker Street tu & tembus balik kat Banda Hilir. Macam amazing nya. Hahaha. Jakun. Then lepas tu tak tawu nk kemana dah. Terus ajak habi makan lunch ajelah. So kali ni kami makan kt Restoran Asam Pedas Hajjah Mona kot. Lupa pulak. Masih lagi nak try asam pedasnya & kali ni amek asam pedas daging tetel. Kat sini kaw sket asam pedasnya. Takdelah cair macam kat tempat sebelum ni. Berasa lah sikit makannya. Lepas makan tak tawu lagi nak tuju mana. Nampak Mahkota Parade, singgah ajelah. Naurah pun request nk makan nasi kat KFC. Jom!

Not bad gak MP ni. Banyak jugak kedai yg menarik perhatian. Besar pun besar. Meriah la jugak. Kat area bandar Melaka ni mmg banyak betul shopping complex. Semuanya dekat-dekat. Pilih ajelah mana yg berkenan di hati. Lama jugaklah merewang dalam tu. Free & easy aje kami. Enjoy the moment melayan anak yang masih seorang tu. Sok yg dalam perut ni dah keluar, berbagi kasih sayang la awak. Jadi kakak yg baik okay!!!

Dah puas merayau kat MP, akhirnya kami pun balik semula ke BBST. Sampai rumah around 6pm gitulah. Naurah skrg penyakit tak suka balik rumah semakin meruncing. Stok menangis & merajok siap 1 pakej. Dia suka semua tempat lain kecuali rumahnya sendiri. Tak tawu camne nak bagi dia suka balik rumah. Maybe sebab rumah tu kami bertiga aje kot yg ada. Bosan. Dulu masa Anje ade okay lah lagi. Skrg makin menjadi-jadi peel tak suka balik rumah nya. Pening kepala aku & habi dibuatnya. Dah ler skrg cuaca panas kadang malas gila nak keluar rumah.

Tp sbnrnya bila dh ada kat rumah budak tu sokay aje. Lagi-lagi klu bagi dia tengok kartun. Ralit memanjang. Masalah bila dari mana-mana nk balik ke rumah tu. Bila dia cam aje jalan nk balik rumah, mule lah menangis ckp taknak balik rumah. Haihhhhh T__T

Eyh...overall jalan-jalan Melaka adalah best. Walau dekat, tapi tetap seronok sbb byk tempat boleh pergi. Cumanya aku & habi bukan jenis suka sgt nk naik menara tinggi, amek gambor kat kapal besar, tengok kota A Famosa or masuk taman buaya. Lebih suka jjcm cari port makan sedap je. Masuk zoo pon sebab nak hiburkan Naurah je. Cukup ah 1 tempat tu.

Satu aje yg aku kecewa tak dapat pergi. Restoran Hajjah Rahmah Kari Kepala Ikan. Wesak Day tu tutup. Kempunan mak yong. Menggelak aje habi ke aku T__T

Takpe...since Melaka bukanlah jauh mane pun kan, boleh je kalau weekend nak turun sane kejap pekena kari kepala ikan. Kannnn????? ^_____^

* wire transfer gambo masih tak bawak. bukan lupa...tp malas nk tanya habi kt mana benda alah tu. errkk??








Popular Posts