Oh My Kelisa

Sejak Anje dah tak tinggal dengan kami, kereta Kelisa aku tu dah dapat la kami gunakan balik mcm dulu. Aku sayang betul dengan kereta tu. Harta pertama aku yang dibayar dengan susah payah selama 7 tahun. Kereta tu pun memang sangat berbaloi membelinya sebab tak pernah bawak masalah besar. Tahun ni nak masuk 8 tahun dah umurnya. Masih tegap & sedap dipakai. Tapi biasalah kereta dah lama mesti la banyak dah season spare part semua kan?

So sempena kami dah dapat pakai balik kereta tu, habi pun buatlah major service ke bengkel tukar macam-macam benda yg tak best kat kereta tu. Tukar sana tukar sini, wahh memang dah banyak yg bermasalah kereta tu. Memanglah boleh dibawa kalau tak tukar apa-apa pun, tp tak berapa nak sedap la. Plus mcm menunggu masa aje nnti dia break down tengah jalan ke hape. Semalam habi bawak lagi ke bengkel after berhabis RM1k tukar macam-macam. Ingatkan nak buat allignment & balancing aje. Rupanya rim tayar pun dah bengkok. Dia call aku tanya nak tukar tak? Aku ckp tukar ajelah klu dah gitu. Ate kereta pakai nak lama kan? Sayang owh harta kita kalau tak dijaga dgn baik.

So dia pun tukarlah & semalam masa nak balik tgk rim kereta dah baru kaler gold. Cantik pulak tengoknye hehehe. Dah lama sbnrnya aku berniat nak tukar sport rim kereta tu. Lelebih lagi bila dah habis bayor dgn bank. Tp bila Anje dah pakai jd mcm terbantut pulak niat. Habi beli 2nd hand aje pon rim tu. So murah ajelah total dlm RM300 skali buat balancing & alignment. Suka sgt tgk kereta tu dah makin sedap dibawak & makin comel mcm tuan punya nya hewhewww

Skrg ni pergi balik keje mmg pakai kereta Kelisa ajelah. Almera duduk dlm porch diam-diam yer. Kesian awak sblm ni asyik kena lenjan non stop kesana kemari. Kite bagi dia rest dulu. Lagi satu yg bestnya kereta Kelisa ni jimat minyak. Almera tu 1.5cc & auto. Kalau manual shud be okay la kot. Kereta berat & auto mmg kuat ah sket pakai minyak. Habi kata Almera tu klu isi RM100 tahan seminggu lebih la buat pegi balik keje & jalan-jalan sikit. Sbnrnya dlm kategori okay lg tp kalau ada Kelisa yg lebih menjimatkan, buat apa nk pakai Almera kan? Kelisa tu isi RM50 tahan seminggu lebih. Kira penjimatan separuh drp perbelanjaan minyak utk Almera dlm tempoh yg sama. Buatlah pilihan yg bijak ^^

Dlm otak fikir kereta Kelisa ni utk pergi balik keje & buat jalan g pasar or groceries yg dekat-dekat lah. Almera pulak utk buat balik kampung & jalan jejauh sket. Best jugak bila dah ada 2 kereta balik utk digunakan. Boleh tukar-tukar bergantung pd keperluan. Jangan pulak tetibe kereta Kelisa tu dah elok tetibe ada orang request nak pakai sudah la. Memang aku tak bagi kot. Hahahahha. G beli kereta sendiri sana! Kereta cc kecik cam Viva tu bukanlah mahal sgt pun monthly payment nye tak? Dlm RM300 dapat rasanya. Bila lagi nak beli kereta buat harta sendiri kan? 

Aku dulu masa start kerja dah ada komitmen bayar kereta Kelisa tu. Separuh gaji dah habis buat bayar kereta sesaje. Merasa lah susah hujung bulan duit dah kena korek-korek hehehe. Tapi bila kereta dah habis bayar, semua kesusahan tu dirasakan sgt berbaloi. Bak orang selalu kata "susah-susah dulu, senang-senang kemudian".





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat