Shopping Barang Baby & Seafood Bagan Lalang

First of all, apa salahnya aku pakai kasut pink Na? -.-"

OK. Lupekan mood sentap itu, hari ni dengan esok kite nak tulis yang best-best aje. Sebab 2 hari ni aje pun bekerja utk minggu ni. Ade sesiapa yg jeles tak? Hehehe.

Since weekend lepas cancel balik rumah Kak Ya sebab dia balik kampung, kami pun proceed dengan plan shopping barang keperluan sempena menyambut baby baru tak lama lagi. Dulu dah pernah pergi ke mybbstore Jln Kuchai Lama ni. Masa tu shopped barang utk sambut Naurah. This time kebetulan ada Sale sempena Mothers Day yg lalu. Most of the items ada less 20%. Pada aku dah okay dah tu. Kalau shopping online barang baby pun aku suka masuk website diorang. Sbb mostly memang lebih murah drp online shop barang baby yg lain. Kalau tak percaya korang boleh bandingkan sendiri.

Around 11am hari Sabtu yg lepas kami pun gerak drp rumah. Dalam sejam jugaklah shopping kat kedai tu. Memang banyak pun yg nak dibeli. Car seat, breast pad, botol susu, ice pack, cooler bag, nursing pillow etc. Total pembelian RM530. Pd aku pembelian yg berbaloi. Itu pun bila kat rumah baru teringat ada a few items yg lupa nak beli. Beli online ajelah nampaknya sementara masih ada Sale ni.

Lepas settled beli barang, perut dah lapor. Habi tuju kawasan Lembah Pantai. Kaw. yg wakil rakyatnya Nurul Izzah tu. Hehehe. Nak jugak tulis kan. Ntah ape kena mengena =P Kami pusing are flat situ carik port makan nasi berlauk. Lepas makan tuju shopping complex yg paling dekat. Mana lagi kalau bukan Midvalley. Sbnrnya aku selalu tak tawu nak shopping apa kalau pegi sana. Kenapa orang suka pergi MidV hah? Maybe taste aku terlalu rendah kot utk bershopping kat MidV. Huhu.

Seb baeklah jumpe Aeon. So masuk Aeon mulalah aku beli benda merapu-rapu. Benda merapu tu ialah brg makanan spt sushi, strawberry Driscol yg montel, kelapa muda yg dh tinggal isi & airnya saja, tembikai potong, Rocky 5 paket & 3 botol Pulpy oren. Ushar susu DL utk Naurah mahal sentiasa klu kt Aeon. Seb baek tak beli. Sbb smlm pegi Giant Susu DL 1kg RM19.50. Terus borong 4 peket ^___^

Lepas shopping kat Aeon, Naurah ketiduran atas bahu habi. Terpaksa mak buyong angkut segala makanan yg dibeli sampai kereta. Kesian kot. Habis merah birat tangan aku T___T Masa nielah rasa betapa menyesalnya tak bawa buggy budak tu tskkk. Otw ke kereta boleh pulak tali handbag aku putus. Perghhh..masa tu jugaklah ko nak putus kan???? Tak bernasib baik betul aku masa tu hehe.

Otw balik ke Sepang, tetibe dpt idea nak pegi makan seafood kat Bagan Lalang. Tak sedar diri ada darah tinggi. Selera kemain besor nak makan seafood sokmo -.-". So terus ajelah habi menuju ke Bagan Lalang & kali ni kami nak try makan kat restoran Senandung Malam. Selalunya kami memang ke HM Bagan aje. Orang punyalah ramai. Tp bila makan, hurmm....rasa biasa aje. Harga pun takdelah murah mana. So lepas ni takkan makan kat situ lagi lah. Taste kami adalah HM Bagan.

Dekat Isya' baru la sampai rumah. Terus naik atas mandi & tidur. Penat seharian berjalan.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat