8 Bulan Maaa....


32 weeks adalah bersamaan dengan 8 bulan kepada sesiapa yang tak mengetahuinya yer. Hehe. Syukur sangat pd Allah sebab masih dapat bertahan sampai ke hari ini. Kehamilan kali kedua ni sememangnya sangat mencabar. Tak pastilah samada sbb faktor usia ke ape, tapi kudrat tu memang banyak yg dah kurang. Ditambah pulak dengan kehadiran penyakit darah tinggi. 8 bulan ini sememangnya sangat menguji kesabaran diri mentally & physically.

Baru anak kedua dah gaya gini. Mampu ke utk anak ke-3 yerk?

Boleh kalau nak anak ke-3. Tapi aku kena pastikan lepas ni dapat jadi sihat semula. Loose weight & change my eating lifestyle. Dr. Fatimah pun positif tentang penyakit darah tinggi aku ni boleh hilang if aku dapat buat 2 benda kat atas tu. InsyaAllah. Yelah, umur baru awal 30-an dah gini gaya. Mane boleh tahan kan? Kalau Allah kata umur aku sampai 40 tahun, sanggup ke 10 tahun hidup secara tak sihat mcm ni? Stress kot.

Aku harap sangat aku kuat semangat utk jadi sihat semula. Takde excuse dah. Moga Allah bagi pertolongan.

5 weeks to go kalau ikut plan Dr. Fatimah. Harap adik baby dapat bertahan & membesar dgn sihat kat dalam sana. Perut aku sememangya sudah semakin besar. Menonjol bulat ke depan. Lain sangat dgn perut waktu Naurah yg melebar ke tepi. Kdg rasa takut tgk perut sendiri skrg ni. Terbayang baby besar dr yg sepatutnya. Esok ada check up & hopefully semuanya baik-baik saja.

Tak lama lagi bermulalah malam-malam tanpa tidur yg lena. Hrp Allah bg kekuatan utk mengharunginya sekali lagi.






Popular Posts