Akhirnya Terpaksa Ber Supplement Juga

Jujurnya aku memang tak percaya sangat pd keberkesanan sebarang supplement yang ada kat pasaran. Plus aku ni penakot gila nak makan benda-benda yang masuk dlm badan spt ubat-ubatan kecuali atas saranan doctor. Doctor pon tgk doctor jugak. Bukan semua doctor dapat meyakinkan aku sewenangnya. Hehehe. Itu baru doctor. Inikan lagi kalau entah sapa-sapa je yang rekemen. Memang payah la aku ni =P

Tapi memasuki usia 30-an pd tahun lepas, akhirnya aku akur pd ketakupayaan diri. Maybe semuanya atas faktor umur, kenaikan berat badan & dah pernah melahirkan anak kot. Tak pasti lah sebab apa. Tapi memang dapat rasa antibodi & tenaga tu makin kurang sangat-sangat. Sampai rasa effect pd kehidupan seharian. Sedih gila T__T Tak sangka masuk 30-an aje dah dapat masalah mcm ni. Aku rasa badan aku sangat tua. Tak padan dengan umur. 30 tahun macam 60 tahun gamaknya.

Bila aku pregnant kali kedua ni, ya Allah....lagi lah haru biru badan aku jadinya. Lemah segala urat sendi tulang belulang & segalanya lah. Berbeza sangat dengan masa pregnant kan Naurah dulu. Masa tu takdelah rasa seteruk ini. Sampai skrg aku masih berfikir-fikir adakah ini merupakan anak bongsu kami? Hehehe. Siryes tak tipu. Kalau anak kedua pun dah macam ni gaya, anak ketiga sok guane doh? Jangankan sampai aku terpaksa ambil unpaid leave berbulan lamanya. Yg skrg ni pun memaksa diri dengan susah payahnya utk bersiap ke opis saban pagi. Bila petang tak sabar sgt nak sampai rumah & berehat. Ianya terlalu meletihkan.

Meletihkan yang sbnrnya kita pun tak pasti kenapa boleh rasa penat mcm ni sekali. Nak kata kerja motong kelapa sawit tidak jugak. Kat opis byk duduk & jalan sikit-sikit aje ke toilet, main office dsb. Bukan kerja site mcm habi tu kesana kesini gendong laptop bagak. Tp penatnya aku mengalahkan dia. So memang selalu la kena perli & dpt senyuman sinis bila mengadu kt dia. Sampai akhirnya diam ajelah melayan sakit badan sbb taknak dengar ayat yang tak memberi support itu -.-"

At one point akhirnya aku akur. Akur yang badan skrg bukan mcm zaman 20-an dulu. I need to do something urgently. Even aku pregnant, aku tetap kena buat rutin hidup macam biasa. Tak ada excuse. So akhirnya aku pun order supplement from Shaklee since ramai kawan blog yang jual produk tu. Sebelum pregnant aku amek ESP, Alfalfa & Omega Guard. Tp ESP aku terpaksa reject sbb tak serasi dgn badan. Asyik sakit badan tak sudah. Healing crisis yg terlalu lama sampai aku terpaksa mengalah. Lain badan lain penerimaannya kan.

After pregnant pulak aku amek Omega & Ostematrix. So inilah 2 supplement yg aku telan sampai skrg. Yg aku paling perasan bab kejang kaki sangat kurang terjadi. Terbaik. Hehehe. Kalsium cukup gaknye =) Omega pulak hrp otak adik baby power ah. InsyaAllah.

Akhirnya aku rasa baik jd ahli je klu nak consume semua supplement ni utk jangka masa panjang. So aku pun jadi lah ahli tido. Hehehe. Means beli utk diri sendiri je & promote kat ahli keluarga yg lain. Tapi kalau ada yg terbaca entry ni nak try produk Shaklee, boleh la contact aku yer. FB boleh, sini pun boleh. Kalau tak cuba, kita tak tahu.

Skrg ni kesihatan adalah sgt berharga bagi aku. Kalau badan tak fit, guane la nk melayan anak dgn suami sebaiknya kan? So kita usaha ajelah mana yg terdaya. OK ke tak OK ke, itu ketentuan Allah utk kita =)






Popular Posts