Keburukan/Kelemahan Hospital Annur, Bangi

Tergerak hati rasa nak update tentang Hospital Annur, Bangi. Sebenarnya sebelum-sebelum ni aku tak ada masalah sangat pon dgn spital ni. Tapi lately dah mula nampak yg servis diorang semakin menurun KPI nya. Nak banding dgn a few years back lah. Aku rasa pihak hospital kena ambil perhatian bab ni sebab ini adalah hospital swasta yang bertaraf pakar. Semua doctor nya mostly mmg bergelaran pakar. Hospital swasta ni kalau servis tak okay, mmg bagi effect yang mendalam jugak pd keuntungan syarikat kan?

Daripada segi doctor setakat ni aku tak ada masalah lagi. Semua yg aku jumpa tip top. Baik doc o&g, paediatric & doctor am. Semuanya OK.

Drp segi keadaan hospital. Yang ini mmg aku dah lama jugak tak puas hati. Aku rasa sepatutnya Annur ni dah ada bangunan sendiri or at least sewa la kat bangunan yang baru. Sebabnya fasiliti deme macam dah outdated. Maintenance pon macam tak berjaga sangat. Banyak paip & aircond yang leaking. Pelanggan bayar dah la mahal kot. Tp klu tengok fasiliti dia cam bilik menginap tu semua mcm tak berbaloi je dgn caj yang dikenakan. Dah lah sempit, pastu macam dah lama. Kalau isi borang komplen tu mmg everytime aku akan tulis tentang masalah ni.

Aku rasa pelanggan berhak dapat bilik yang lebih selesa & luas dgn bayaran yg diberikan. 

Then drp segi servis. Sblm ni mmg aku rasa servis staf spital tip top aje. Tp kali ni aku dah jumpe staf nurse yang kerek & kurang mesra layan pelanggan. Pernah terkena kat aku & pernah aku tengok pd orang lain yg terkena juga. Maybe ni staf nurse yang dah otai kat sana. Muak dah layan pelanggan yg berbagai ragam. Yang muda-muda sikit tu mcm masih OK lagi.

Walau apa pun alasannya, staf nurse private hospital pd aku tak boleh ada sikap tak mesra pelanggan. Mostly orang datang ke private hosp.sbb nak dapat servis yang cepat, tepat & mesra kan? Kalau stakat nk jumpe nurse yang ambil endah tak endah, better g gov. hospital aje. Dah tahap redha ye tak? Ini kita bayar bukan sikit-sikit taw! Banyaaaaakkkk beza dgn apa yg perlu dibayar kat gov.hosp. Entah-entah nurse kat sane pon lagi mesra layanannya. Tak ke poyo gitu?

Aku tak kisah sgt kalau kena tunggu lama utk jumpa doctor. Tp aku kisah bila terpaksa tunggu lama semata-mata nak dapatkan ubat & buat pembayaran. Kadang cepat. Tapi kalau lambat tu, sampai dekat 1 jam menunggu. Dah rasa mcm pegi hosp.gomen pulak. Ape relevannya klu g private hosp.pn mcm tu???

Aku pernah buat appmnt dgn doctor & minta utk sesi petang. Nurse kat phone tu ckp OK boleh datang petang jumpe doc. Bila aku datang tetibe nurse ckp takde sesi doc yang aku nak jumpe utk waktu petang. Pagi je dia ade. What the......

Haih...mmg rasa nak mencarut aje masa tu. Tp sbb parents aku mmg tak ajar anak diorang mencarut, aku cuma rasa darah tinggi aku naik gila & sikit je lagi nak menangis. Dah lah kite ni nak pergi check up kena apply cuti half day. Cuti dah tinggal sikit. Datang dari jauh nak pergi check up & dpt berita menyakitkan hati mcm tu. Siapa tak geram weyh? Adakah kesalahan tu di pihak aku? 

Entah nurse mana yg buat taik dgn aku, aku pon tak tawu sbb xde keperluan kot nak tanya nama sbb mmg aku di sambungkan pd klinik o&g. Bukan aku buat appmnt kat general hospital deme. Sakit hati cuma Tuhan ajelah tahu. Rasa bersalah kat habi pun ye sbb dah bazirkan masa dia jugak. Dalam kereta mmg mengalir air mata sebab terlalu geram & menahan marah. Untung la dpt pelanggan mcm aku & habi. Klu nak ikotkan mmg layak di maki kan aje. Menyusahkan pelanggan! Bayar balik duit minyak kereta & tol kami!!!grrrrr

Honestly aku suka ke Annur sebab suka akan doctor-doctornya saje sekarang ni. Kejar doc o&g & paed yang mmg best. Serasi utk kami sekeluarga. Aku harap masa aku bersalin nanti tak jumpe nurse yang kerek. Kalau jumpe, mmg aku tulis lagi kat sini supaya lebih ramai orang tau tentang benda tak best kat spital ni.

p/s: pasni try pegi spital sebelah dia aje. Azzahrah tu. Dulu pusat rawatan skrg dh jd hospital. Lebih selesa & selalu naik taraf fasiliti.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat