Runsing

Tahun 2013 adalah tahun yang agak suram bagi aku. Don't get me wrong. Suram bukan pasal tgh pregnant, tapi suram drp segala amal ibadat terutamanya untuk yg sunat. Bila aku pregnant, automatik aku akan jadi lembik macam taufufa. Tak kuat nak buat solat sunat mahupun puasa sunat. Sepatutnya masa tgh pregnant nilah aku tungkus lumus buat semua tu kan? Tp kalau dah namanya tak larat, ape pon tak boleh.

Tipu la kalau kata aku tak susah hati. Jeles jugak bila tengok orang lain kemain bersungguh puasa sunat bagai. Aku relax je makan nasi lemak togok air yogurt. Poyo.

Since aku dah tau memang jenis lembik bila preggy, masa aku tak preggy selalunya aku akan bersungguh buat ibadat sunat semua ni. Dia macam ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Kan ada yg tulis sihat sebelum sakit. So waktu sihat tulah aku pulun & waktu kurang sihat mcm skrg ni aku relax. Pujuk hati yg tahun-tahun sebelum ni aku dah buat semuanya. Takpelah skip utk setahun ni. Tahun depan insyaAllah kalau masih bernyawa, dapatlah buat lagi. Allah tu maha tahu semuanya. Dia tahu keupayaan kita. Aku mengharapkan belas kasihan drp-Nya.

Memang ada baiknya aku mengganti puasa yg tertinggal masa bulan Ramadhan seawal yg mungkin. Bila dah dlm keadaan skrg ni, puasa mmg satu amal ibadat yg agak berat bagi aku utk melaksanakannya. Untung dah ganti awal-awal. Takde pening kepala nak mengganti dlm keadaan serba lemah mcm ni.

Aku masih ingat lagi masa pregnantkan Naurah dulu aku ponteng puasa 5 hari. Sebab masa tu masih dalam fasa muntah & pening kepala. Tapi akhirnya aku puasa jugak even mmg rasa tak sempurna sangat kes muntah-muntah tu. Aku fikir aku tak sanggup nak ganti puasa sampai 30 hari. So aku teruskan aje puasa & harap Allah terimanya. Maybe kalau dibagikan markah 10, puasa aku tu dpt 3-4 markah aje kot. Wallahualam.

Puasa yg akan datang ni aku masih takde idea. Rabu ni akan confirmkan dgn doc Fatimah whether aku boleh berpuasa atau tak. Kes kena mkn ubat darah tinggi 3 kali sehari. Aku takut kalau skip mkn ubat akan effect pd diri aku & baby. Allah pun mmg bagi kelonggaran pd perempuan mengandung dalam hal berpuasa ni kan? Aku akan ikut advice doc ajelah. Kalau mmg dah takdir aku kena ganti puasa 30 hari tahun depan, usahakan ajelah. Buat pelan-pelan Isnin & Khamis spy tak terasa sgt. Tahu-tahu je nanti dah habis gantinya.

Kalau ponteng puasa masa mengandung ni kita kena declare betul-betul kenapa kita ponteng. Samada sbb diri kita tak larat atau sebab bimbangkan keselamatan baby. Kalau sbb diri kita sendiri, kita cuma perlu ganti puasa mcm biasa aje. But if sbb baby, kita kena bayar fidyah sekali. Correct me if I'm wrong.

Dulu masa Naurah mmg aku ponteng sebab aku tak larat. Utk yg kali ni aku rasa masih sama. Sbb pagi kalau tak cukup makan mmg seharian aku akan muntah & lembik. Dah 8 bulan pn masih ada masalah yg sama. Pasrah ajelah. Aku yakin Allah akan menjaga keselamatan adik baby dlm perut ni. Aku mmg tak risau sangat tentang tu. Tapi kalau disebabkan aku tak makan ubat darah tinggi akan memberi kesan buruk pd diri aku & baby, nak declare mcm mana pulak eh gitu? I wonder.....

Bestnya jadik budak-budak. Tak perlu nak runsing apa-apa ork?





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat