Jaundis Disebabkan Susu Ibu Sepenuhnya

Hari ni genap 3 minggu usia Nazif. Dan dia masih lg mengalami penyakit jaundice or kuning. Lama kan? Parents mana la yg tak risau bila anak tak sihat. Kuning ni mmg perkara biasa yg dialami oleh bayi zaman skrg ni. Walau ia pkr biasa, kita tak boleh ambil ringan & sambil lewa je. Sbb penyakit ni kalau reading bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan otak bayi malah membawa maut.

Naurah dulu dlm seminggu je kena kuning. Pastu bila susu badan makin meriah, hilang begitu saja. So bila Nazif ni tak surut-surut reading bilirubin nya, mmg susah hati sungguh dibuatnya. Pengalaman yg baru berkaitan dgn penyakit ni. Kalau tak kena kt diri sendiri, aku pn tak tau ada istilah breast milk jaundis kat dunia ni. 

To date dah 4 malam Nazif kena duduk bawah lampu biru. 2 kali kena tahan wad sbb reading tinggi. Bila reading tinggi, sllunya mkn 2 mlm la kena tahan spital baru turun reading bawah 10. Sori aku xtau reading yg jenis ratus2 yg dipakai di hosp.gomen. Klu private mmg guna sa, belas & puluh je.

Masuk kali pertama, reading 18. Kali kedua 16.5. Masa kali kedua tu kami folo up kat KPJ Pakar Puteri, JB sebab kununnya nak merasa berpantang kat kampong aku la pulak kan. Sekali tak tak sampai seminggu lepak sana kami dh balik Semenyih semula bila Dr. Ismail Haron, Paed kat sana suruh warded lagi. Petang tu jugak shoot balik Selangor terus ke Annur & warded kan Nazif. 2 malam lagi terpisah tidur tanpa dia T__T Boleh je klu nak lodge in kat Annur tp RM dah byk habis. So ulang alik ajelah dtg waktu pagi & malam utk breast feed & hantar EBM stock.

Kami laki bini asyik terfikir nak ke spital gomen, tp end up mesti ke private jugak. Nak kata duit banyak, tidak la jugak. Kami kan sederhana aje. Tp itulah...mcm tak reti nak berurusan dgn spital gomen. Cam terpinga-pinga tak tau ape. End up ke private la jugak kami ni. First time warded Nazif mmg tak boleh claim sbb dia belum berusia 2 minggu. Insurans cover lps 2 minggu lahir aje. Ni insurans company yer. Yg personal punya dalam proses lagi. Yg 2nd time warded dh boleh claim. Menyampahnya bila bil yang pertama lebih mahal drp bil yg kali kedua. Ciss sungguh -..-

Warded 2nd time ni Dr. Khairul optimis la tak naik byk lg lps ni bile aku tanya. At least taknak la warded kali ke-3 kan. Tak sanggup dah rasanya tgk Nazif terkapai-kapai kepanasan bawah cahaya lampu biru tu. Belum masuk bab kena cucuk kaki utk ambil darah utk amek reading bilirubin lagi tu. And this time Dr. Khairul bekalkan Nazif antibiotik cecair utk dimakan 2 kali sehari. So we are hoping the next follow up which is tomorrow, reading adalah OK. At least kalau naik pun takdelah ke tahap yg membimbangkan sgt. Dr. Haron KPJ cakap usually naik sampai 12-13 consider normal lagi la dlm kes Nazif ni. Paling lama dia pernah jumpa baby kes mcm ni jaundis nya sampai 3 bulan. After that baru hilang. Homai...lamanya. Aku tak tau lah kalau aku boleh bersabar & tenang utk tempoh selama itu utk Nazif T__T

Kalau nak tau lebih lanjut ttg prolonged jaundis ni korang boleh gugel aje. Melambak artikel & blogger share pengalaman masing-masing dm kes ni. Boleh la dijadikan panduan & ilmu tambahan for parenting.

Doakan kesihatan Nazif yer readers. Tq in advance.

* berdebar tunggu reading esok







Popular Posts