Naurah Dah Ada Adik

Update tentang jaundis Nazif semalam: Naik from masa keluar drp wad 9 to 10.6. Yer memang naik tapi rasa lega sebab tak naik banyak ke reading yang membimbangkan. Berat badan Nazif naik. Lahir 3.4kg & now 3.8kg ^^ Dah makin kuat menyusu. Keep it up yer dik! Kalau boleh tarik semua lemak yg bertempek kat badan ibu ni. Boleh la ibu melaram dpt body masa nak kahwin dulu bile anak dah 2 ni...kekeke =P

Okay, enough said on that. Entry ni sebenarnya aku nak cerita tentang penerimaan Naurah terhadap adiknya. Naurah ni dgn baby memang dia soft aje. Dia pun bukan jenis cepat tangan nak pukul budak-budak. Kalau kena pukul dgn budak lain pun dia tak pandai balas. Kite pulak yg rasa geram nengoknye T__T Rasa nak suruh dia pass baton kat kite biar kite yg tolong balas kan. Boley gitu? Hehehe

Tapi soft dia dgn baby lain tidak lah sama dgn adiknya sendiri. Ini dapat dilihat dlm seminggu pertama adik Nazif lahir kat dunia ni. Memang kecelaruan perasaan Naurah jadinya. Dia macam tak pandai nak layan adik baby macam mana. So manjang asyik kena marah sbb kite tengok macam dia kasar je dgn adik. Bila kena marah, ape lagi kan. Merajuk & mengamok la jawabnya. Buat kita pun rasa fed up dgn peel barunya tu. Geram okay. Tp bila aku fikir balik, rasa kesian pun ada kat dia. Mmg dlm fasa menyesuaikan diri menjadi seorang kakak & camne nak layan adik baby dgn baik. It takes time.

Syukur tak lama pun fasa menyesuaikan diri ni. Dlm seminggu je for Naurah. Skrg dia makin concern dgn adiknya. Asyik kiss rambut baby. Bau wangi baby memang best gila kot. Aku pun addicted jadinya. Haha. Semua org pun addicted sbnrnya. Dah 3 tahun tak cium bau baby kan. Pantang kalau dia x nampak Nazif dgn aku. Mesti dia tanya mana adik baby Ma? Masa Nazif warded pun sokmo bertanya. Dia dah tahu Nazif tu adik dia. So dah start rasa kehilangan bila dia takde.

Masa mula-mula aku dah bersalin tu Naurah asyik dok tanya mana baby dlm perut ibu? Bila tunjuk Nazif, dia macam confused. Kekeke.

Keputusan utk conceived lagi bila gap umur dgn Naurah dh 3 tahun memang 1 keputusan yg tepat utk aku & habi. InsyaAllah. Buat masa skrg ni mmg rasa macam tu. Naurah pun byk dah boleh berdikari utk dirinya sendiri. Dia juga dah boleh di harap banyak. A few times aku tinggalkan dia dgn Nazif sahaja & intai kot Naurah pukul adiknya ke ape. Setakat ni memang takde masalah. Dia boleh bantai borak dgn Nazif & sesekali kiss rambut & pipi adik. So sweet okay ^^

Bila Nazif nangis aje, mesti report kat aku suruh pujuk adik. Nak suruh Naurah ambil diaper or wet tissue pun senang. Yelah...dia dah faham kan apa yang kita cakap kan. Ringan la sikit tugas kite. Takdelah busy sangat kesana kemari ambil apa-apa. Ade budak yg dah boleh diharap menolong =)

Sabtu ni InsyaAllah kami sekeluarga kecik ni akan balik ke BBST. Nerves sebenarnya nak tinggal berdua dgn deme ni bila habi pergi kerja. Diskas dgn habi sikit semalam camne nak jaga budak 2 org tu & dlm masa yg sama nak mandi, masak & do some house chores yg lain. Kalau dpt buat schedule yg bagus & dapat ikut, takdelah kelam kabut sangat kot aku sensorang kt rmh tu. Dgn rutin pumping nya lagi. Its not an easy task for me in this early stage. InsyaAllah dah lama sikit dapat la sesuaikan diri dgn rutin baru tu nanti. Then tak lama lepas tu tukar rutin lagi bile dah kembali bekerja. Hidup mesti mau terus kan?

Rasa mcm keciknya Nazif baru 2 bln dah nak hantar taska. Dulu masa Naurah MIL masih belum pencen. So bila ada org yg kita percayai & ada dekat dgn anak kita boleh tolong tengok-tengokkan tu, takdelah susah hati sangat kan. At least dalam 6 bulan pertama ni lah kan sbb baby masih sgt fragile. Kerisauan tu tetap ada. But what choice do we have?  None. I know maybe sekali dua PIL akn dtg taska ambil Nazif & Naurah bwk balik rumah kami utk bermain-main. Maka di hari yg lainnya kami hanya mampu bertawakkal pd Allah tiada kejadian yg buruk menimpa.

Ahh..sebenarnya perkara tak baik boleh berlaku bila-bila masa dgn sesiapa pun in fact dlm jagaan aku pun. So konsep bertawakkal pd Allah ni adalah utk setiap masa sebenarnya. Tak pernah ada pengecualian pun. Allah itu kan sebaik-baik penjaga. Semua pkr baik mahupun buruk atas keizinan Dia juga. Jadi tugas kita cuma perlu berdoa pdNya moga anak-anak kita selamat walau dimana jua mereka berada. InsyaAllah.

Aku hantar Nazif di taska yg sama dgn Naurah sbb owner taska & anaknya yg baru je habis belajar dlm bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak sendiri yg akan menjaga bayi kecil yg dihantar kesana. Masa Naurah dulu pun memang takde masalah apa pun. So agak confident sikit la nak hantar Nazif kesana juga. Naurah pun boleh jenguk adiknya anytime she wants. Mane tau boleh report apa-apa yg perlu. Hehehe.

Tahun depan InsyaAllah Naurah akan ke tadika. So tinggal lah adik sensorang kat taska. Tadika tu ada daycare sekali. So mmg deme akan berjumpa semula bila kami ambil after balik kerja saje. Inilah atr plan yg kami dah susun utk anak-anak. Moga Allah permudah & moga ianya keputusan yg baik juga.







 






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat