Aku Sudah Kembali ^^

Assalamualaikum semua ^^

Kemain lagi permulaan kata pagi ni yerp. Ape yg special nya ntah? Mestilah special sebab hari ni hari pertama aku bersiaran drp office. Hampir 3 bulan okay meninggalkan PC tercinta ni. Menaip ni pun rasa agak kekok. Pastu nampak pemandangan PC yg luas pon rasa woww..besarnya tulisan. Serba serbi pelik pd mata pandangan aku skrg. Menaip ni pun tak selaju dulu lagi. It takes time. Petang nanti laju balik lah ni. Seb baek masa menaip ni masih tak perlu nak tgk keyboard =)

Korang semua dah bersedia ke nak menghadap update dalam blog ni kerap macam dulu? Hehehe.

Rasanya aku dah kembali menjadi diri aku yg dulu. Masa mengandung dulu memang bukan aku la senang ckp. Mengandung memang beri impak berbeza yg besar pd diri aku. Maybe sebab hormon yg haywire kot. Dah tak preggy ni rumah pun dah jadi semakin teratur & bersih. Masa preggy dh mcm dilanda garuda pun ada. Itu disebabkan hormon malas melampau yer. Haha. Plus kurang sihat la kan. And then nak update blog pun malas. Serba serbi kemalasan la senang ckp. Penyakit utama aku masa preggy. Heeee =P

Dalam pd berat hati meninggalkan anak-anak, sememangnya aku excited juga utk kembali bekerja. Ramai pulak tu office mates yg tegur aku dah kurus. Kurus berbanding masa preggy & sebelumnya juga. Kata mereka-mereka lah. Aku tak percaya sangat sebab aku rasa itu ilusi pakai jubah hitam aje. Hahaha. Taktik nak suruh orang nampak kurus di hari pertama bekerja selepas cuti yg panjang. Biasa lah aku.....kikiki...

Sejujurnya aku memang control makan sejak 2 minggu yg lepas. Tujuan utamanya tentu sekali atas sebab kesihatan. Post natal check up hari tu blood pressure aku naik semula sampai Dr. Fatimah refer aku pd doctor pakar yg lain utk further check up. Yg mana aku tak pergi pun lagi. Hehehe. InsyaAllah aku akan pergi. Tapi......hanya selepas aku berusaha utk menurunkan berat badan dalam beberapa kilo. Aku berharap after loosing some weight, kesihatan aku pun semakin membaik. Kita tunggu & lihat sajalah hasilnya nanti. I will update my journey on this matter here. Don't worry =)

Isnin depan aku bercadang nak start puasa ganti. Sementara masuk waktu berbuka awal ni kan. Haruslah dipergunakan sebaiknya. Plus aku ada 15 hari utk diganti okayyyyy. Aku memang tak suka tangguh lama-lama bab hutang pd Allah ni. Rasa tak tenteram je hati kot-kot manelah tau dok tangguh-tangguh tetibe ajal pun sampai. Ishhkhh..dah la dosa yg lain pun sedia ada banyak kan. Seram ah gitu. Harap di permudahkanlah utk ganti puasa ni & paling penting sekali susu badan tak merudum. Amin.

Oh yer. Nak ucap tahniah pd kawan-kawan blog yang semakin ramai kembali pregnant. Batch 2013 dah hampir sampai ke penghujungnya. Batch 2014 akan menyusul & pembukanya antaranya ialah geng kacik gadoh-gadoh manje Mek Na, Hany & Nurul. Ann & Dayu juga akan menyusul selepas tu. Semuanya dah sampai seru nak menambah. Jeles kot pd batch 2013 yg dah selamat dapat baby baru. Hehehe =P

Happy sebenarnya ada baby baru semula ni. Walau penat dgn rutin pumping & waktu tidur yg tak mencukupi, semuanya ape lah sgt berbanding melihat senyuman di wajah anak tu kan. Kalau dah namanya mak-mak tu, apa pun berbaloi demi anak-anak =)

Okay. Since penyakit M atas serba serbi perkara dah hilang, enjoice gambar-gambar yg menarik utk aku kongsikan dgn korang semua ni yer. Sebelum tu nak bagitau skrg dah pakai henfon baru. Samsung Grand Quattro. Boleh kata sempena melahirkan anak kedua lah. Padahal sbb Ace dah mengong. Hehehe. Sampai jumpa lagi ^^ Its so good to be back! Alhamdulillah.

Hari balik ke BBST. Pegi The Mines beli henfon baru Ibu. Nazif 3 hari lagi baru nak sebulan masa ni hohoho

Tengok ah tu. Tido sokmo huhu

3 kesayangan ^^

Makan kat Secret Recipe
Jenjalan kat Alamanda
Lunch kat San Francisco Coffee
My post natal check up plus check jaundice Nazif
Suka betul tongkat dagu bila tido. Comel gilak. See the big mole? Naurah kat kaki..dia kat tangan =)
Kena paksa tido dgn Ayah la plk skrg. Ni kat rumah Kak Ya
Kat Sakae Sushi, KL Festival City. Dpt berita kt sini tak halal sbnrnya T__T Kak Ya harus dipersalahkan!
Tak sangka dia suka gk makan sushi skrg. Pengaruh ibu ler tuww @_@
Omey tak? Budak baik Nazif ni. Senang dibawa berjalan..mmuahhs
Kemain lg posing skrg ni..layankan ajelah
Hasil tangkapan Naurah..jadik la hahaha




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat