Maafkan Ibu Sayang...

Tak sampai 2 bulan pun lagi usia Nazif. Belum lama mana pun lagi bergelar ibu beranak 2. Tapi aku dah rasa menyampah dgn diri sendiri. Dengan sifat aku yg baru terhadap Naurah terutamanya T__T

Masa Naurah masih bergelar anak tunggal, aku iktiraf diri aku sebagai ibu yg cool. Hehe. Gasak la klu org kata x cool pun. Tapi aku mmg rasa cool je haha. Kurang marah & mmg takde la nk bertempik & membebel. Memukul apetah lagi. Jauh sekali. Dan aku merasakan waktu tu Naurah adalah seorang budak yg behave. Mendengar kata & mudah dijaga. It seems so perfect for the two of us.

Tapi bila Nazif lahir, semua tu dah berubah. Semua yg aku tulis kat atas tu dah jadi berlawanan antara aku & Naurah. Siryes aku rasa benci dgn keadaan atr kami berdua skrg. Dah takde dah ibu cool & lemah lembut (ye ke? O__o) tu lagi. Budak behave tu pun dah semakin lasak menakal terutamanya bab membuat sepah & makin susah nak mendengar kata. Dia dah jadi budak yg rebellious & aku menjadi semakin bekeng @ pemarah. Tsk.

Masa awal Nazif lahir, Naurah suka merajuk bila di marah sbb sblm ni mmg kurang dimarah kan. Skrg ni peel Naurah bukan sbb baru dapat adik mcm dulu tu. Dia pun dah tak kisah bila di marah. Takde nak merajuk dah. Tapi makin di larang, makin dia buat. Tak pun tunjuk sikap ' do I care??? '. I love to do what I want to do. Yes, you can give your attention to Nazif as much as you want, but I like to do my things. Don't disturb me. Gitu! Ahh...its so hard to be patience to her nowadays. Macam diva  sungguh!!

Towards Nazif mmg takde masalah. I know the fact that he's still a baby. Bengong ah kalau nak marah dgn baby yg tak tau ape tu kan. Tapi dgn Naurah tak boleh nk layan sama mcm Nazif. Pd aku dia dah besar & dah boleh berfikir. So dia kena lebih matang la drp Nazif ye tak? Bukanlah matang mcm org dewasa. Korang paham kot maksud aku ni. I hope so.

Aku terfikir, hanya aku sorang sajakah ibu yg dah ada anak lebih drp seorang berperasaan begini? Kenapa aku rasa susah hati sgt bila dah ada 2 anak ni hah? Macam mana nak tambah anak lagi sorang kalau 2 pun dah rasa mcm ni? Kenapa tak boleh jd ibu yang baik mcm dulu bila anak dah lebih drp seorang?

Susah hati bukan tak suka ada anak 2. Tapi susah hati dgn sifat diri sendiri towards the children. Naurah la especially nya kan. Aku rasa simpati pd Naurah sbb aku dah tak layan dia macam dulu. How I wish I could be a good mother to her like the good old times.

I'm so sorry Naurah.

Nampaknya mmg dah tak boleh nak iktiraf diri sbg ibu yg cool dah skrg. Aku pun dah bbrp kali terlepas mencubit betis Naurah & mem babab montot nye. Huwaaaaa T__T I just hate the new me. Tapi kesabaran tu mmg susah dah nk dicapai bila anak tak ikut apa yg kita cakap. Tsk.

Aku selalu mengadu kat habi yg aku susah hati dgn sifat aku towards Naurah skrg ni. Habi memang faham apa yg aku lalui skrg sbb dia pun dah pandai ugut Naurah utk mencubit bila dia nakal tak dengar kata. Ugut jelah baru pandai. Buatnya tidak lagi. Tapi aku dah buat dah bila dah geram sgt tu...huuuuu....tak suka!

Aku rasa sbg seorang ibu aku macam dah kalah. Kalah utk menjadi ibu yg baik. Dah tak baik sgt dah skrg. Sedih wohh. Nampaknya aku kena lebih byk berdoa moga Allah kurniakan aku tingkat kesabaran yg lebih tinggi drp sebelum ni. Situasi sudah tidak sama atr anak sorang & anak dua. Anak 3 apetah lagi O_O

Ohh..anak 3 spt jiran sebelah rumah yg ketiga anaknya adalah lelaki. Skrg dah faham knp selalu dengar suara bertempik ibu bapanya itu. Ngeeee =P

Tapi aku optimis. Yelah...its like 24 hours aku menghadap 2 anak ni kan. Lepas ni rutin aku bukanlah mcm ni lagi. Lagi 2 minggu dah start jd ibu bekerjaya semula. Maybe masa tu aku dah tak bekeng mcm skrg dah. Adakah ini bermakna aku mmg tak sesuai jadi full time housewife??? Ohhh alangkah sedihnya......

Bila aku berada dlm keadaan tenang & relax, aku peluk Naurah & cium dia. Aku rasa rindu pd dia. Dia depan mata aku tp aku rasa jauh drp segi hati & perasaan. Syahdu sgt rasanya bila dpt berbuat mcm tu pd dia. Ibu sayang awak Naurah. Semua ni mmg salah ibu. Awak tak salah apa pun. You're just a kid yg sedang dlm proses membesar. Ibu ni yg lemah tak dapat kawal perasaan sendiri.

Maafkan ibu sayang.....










Popular Posts