Balik Lambat

Semalam lambat sangat ambil budak2 kat taska. Dekat nak balik tu server down la pulak kat CCC. So habi & sparring partner pergi betulkan sampai kami cuma dapat bertolak balik dari opis pukul 7petang. Seb baek ade biskut standby dlm beg. So berbuka puasa dlm kereta dgn beskot ajelah. Takpe sgt tentang tu. Yg merisaukan adalah ttg anak2. 

Sebelum tu dlm pkl 6ptg dah sms Bunge (pengasuh) ckp lewat ambil budak2. Hopefully b4 7pm dah boleh ambil but sadly 7.30pm baru sampai. Hari dah gelap. Kesiannya budak2 tu especially Nazif sebab ebm dia dah habis. Pengasuh yg tinggal cuma Bunge & Nina plus anak2 aku tu jelah. Rasa bersalah sangat kt pengasuh sbb kena overtime disebabkan kelewatan kami T__T

Nina cakap si Nazif dah menangis nak susu sampai dah hisap tangan dia. Lepas nangis dia tido & berulang mcm tu ajelah. Ya Allah, rasa bersalah sangat kt dia. Masuk aje kereta, selak baju & breastfeed dia. Bukan main laju lagi dia sedut T__T Sori ye Nazif. Nampaknya susu tepung yg masih berbaki kt rumah tu boleh la letak kt taska utk standby klu jadi lg kes mcm ni. Tak sanggup rasanya biarkan anak kehausan & kelaparan semata-mata nk capai impian exclusive breastmilk.

Pastu Nina pesan suruh lebihkan napkin utk Nazif sebab budak tu suka muntah susu banyak-banyak. Yer, seperti yg aku pesan pd diorang sebelum ni. Hari tu macam dah kurang muntahnya. Tapi yelah..pengasuh kt taska maybe xtau nk handle mcm mana utk elakkan muntah tu kan. Aku dh cuba mcm2 cara & usually mmg dh kurang sgt muntahnya. Nazif lebih senang muntah bile dia guna botol. Kalau breastfeed mmg kurang sgt. Setakat susu mengalir keluar sbb terlalu kenyang aje. Rasanya itu mmg normal.

Check up 3 bulan akhir bulan ni nanti aku nk inform lagi kat Dr. Khairul ttg masalah Nazif ni. Shud be takde masalah sgt sebab berat badan Nazif tetap naik mcm biasa & dia pun tak pernah lagi demam. Flu aje sikit-sikit tapi nampak tak menyeksakan sgt utk dia. Takdelah running nose tu cuma kalau dia bersin tu keluar la sikit hingus. Itu pn kadang-kadang aje. Harap mmg takde apa-apa lah.

Nazif hari tu kena urine infection. Dr. Khairul kata elok kalau disunatkan awal. Maybe masa 3 bulan tu nanti nak terus sunatkan dia sekali. Rasanya lebih senang sunatkan baby masa kecil drp masa dia dah besar. Banyak yg cakap macam tu lah bile aku gugel tadi hehe...


 Awak nak sunat dah ke Nazif? Risau pulak aku pasal nk sunatkan dia ni. Macam kesian sbb sakit. Kalau Naurah dulu mcm takde ape sgt pon psl ppn kan. Lelaki ni macam horror sket sbb kulit tu potong bnyk la jugak kan lukanya. Aku cuma taknak Nazif rasa terseksa aje T__T









 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum