Growth Spurts Nazif

Homaii...letih sangat hari ni pergi kerja macam zombie. Petang semalam sampai rumah around 4 petang lebih & Nazif dah start cranky. Dah sapu minyak kat perut pun tak jalan. Demanding more milk from me than usual. Then I remember, owh...this must be growth spurts time again. It has been quite some time since his last growth spurts. So macam dah lupa that babies akan mengalami keadaan ni beberapa kali semasa diorang membesar. Dah tua ni banyak benda pun lupa T__T

So memang letih sgt handle Nazif sampai around pukul 8.30malam gitu baru dia tidur & bangun for breastfeed as usual on 11pm, 3am & 6am. His normal routine. Syukur tak lama dia cranky sbb nak membesar dgn cepat ni. Kalau kena kat nursery mesti pening kepala pengasuh semua. Dgn ebm yg tak berapa nak meriah tu kan. Sepatutnya meriah my fresh ebm for this week tapi around 4 packs tertinggal kat rumah Kak Ya. Geramnyaaaa...kes tua jugak lah ni. Semua benda pun lupa T__T

Tadi bekalkan Nazif 6 packs ebm. Lebih 1 drp yg selalunya. Manelah tawu ade saki baki cranky tu kan. Harap cukup lah. Kalau tak cukup, kena lah balik rumah awal apply cuti @__@ 

Sebab kelam kabut pagi ni, lupa lagi nak letak baki susu formula Nazif masa dia kena jaundis dulu. Letak ajelah kan kt sana in case mmg diperlukan. Kat rumah takde pun takpe asal susu bergerak ni ada (aku la tu hahaha).

Pukul 3am after breastfeed Nazif, turun bawah simpan ebm, basuh pinggan & solat Isya'. Pukul 4am tido semula & bangun 6am sampai skrg. Kepala jadi mcm tingtong & rasa masih tak cukup tido huhuhu. InsyaAllah hari ni puasa ganti & after solat Zohor boleh la tido seround kat Surau. Kat opis ajelah boleh tido nyenyak tanpa rasa bersalah tak mengisah ke anak. Kalau kat rumah selalu rasa serba salah nak tido takot anak menangis tak sedar kes tido mati.

Itu ajelah update pagi ni. Lemau. Dah ada mood skek boleh update pasal UB gathering kat Sg. Kemensah last Saturday. Stay tuned ^^

Halus mulus effect camera360 ngehngehh

Comel kan anak bujang aku. Hehehe. Sape lagi la nak puji anak sendiri selain drp mak bapak ye tak? Kalau orang kata tak comel pun, asal kat mata kita comel pun dah cukup baik. Ape nak kisah ttg comel ke tidak. Tetap darah daging kita. Tetap amanah drp Allah utk kita =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat