Kali Pertama

Masa ambil Nazif kat taska semalam tanya dgn Ibu Midah budak tu cranky ke tak. Dia kata okay aje. Muntah susu banyak-banyak pun takda. Cuma dia kurang menyusu & asyik nak kena pegang tak boleh nak diletak. Bila dia dah betul-betul lena tidurnya barulah boleh ditinggalkan. Biaselah budak-budak kalau rasa tak berapa nak sihat kan asek nk melekap aje kan.

Malam td pantau suhu badan dia & looks like he's healthy already. Alhamdulillah. Kejap aje demamnya boleh kata 2 hari aje. Lega. Tapi tak berapa lega sgt sbnrnya sbb si kakaknya pulak yg berganti demam. Malam td lepas tgk JIMK habi soh rasa badan budak tu sbb dia kata mcm panas. Bila rasa je mmg panas dah. Terus bagi makan ubat demam & tetibe budak tu muntah dgn byknya dinner & susu yg dimakan sblmnya. Kesian habi kena bersihkan dgn mop lantai & toto yg kena muntah budak tu. Plus sampai terkencing jugak bahana muntah semua tu. Kesian Naurah T__T Mujur tak menangis. Relax aje dia cuma mcm terkejut je gitu.

Lepas muntah ajak dia naik atas salin baju & bagi sekali lagi ubat demam. Kali ni dia tak muntah. Lega. Around 4am dia terjaga & bagi ubat demam lagi. 2 hours later rasa badan dia masih panas. Pujuk la nk masukkan ubat montot utk turunkan suhu badan dgn cepat. Risau kena fit pulak nanti. For the 1st time habi jalankan tugas masukkan ubatnya sbb Nazif tgh tidur atas lengan aku. Yelah..sampai bila asyik nak harapkan aku aje masukkan ubat tu kan? Kenalah belajar jugak in case aku tak ada bila-bila in future nanti.

Sokay aje pun habi masukkan. Naurah pun takde komplen sakit ke ape. Good job!

So hari ni habi EL jaga Naurah kat rumah. Tak sampai hati pulak katanya nk hantar taska. Takpelah sbb cuti habi masih banyak. Cuti aku tinggal half je kot drp cuti yg dia ada skrg. So tak boleh nak EL sesuka hati sangat. For the first time jugak aku hantar Nazif ke taska berdua aje. Dia duduk baik elok aje dlm car seat yg beli sblm dia lahir dulu tu. Tak merengek ape pun. Senang hati aku tgk budak baik mcm Nazif ni ^^

Habi tak konfiden nak jaga dua-dua anak sekaligus. Sehebat mana pun orang lelaki, dalam bab menjaga & handle anak ni takkan boleh lawan kehebatan orang perempuan ye dak? Hehehe

Kite masa berpantang ritu siap boleh mandi, solat, sidai baju, angkat baju & masak dgn jaga 2 anak. Dia nak suruh buat mcm tu sehari aje pun tak sanggup. Tetibe rasa nak bangga diri la pulak. HAHAHA


Mini Pavlova. Yummyyyyy

Red Velvet. My all time favourite

Lupe lak nama kek ni hahaha. Dap dappp ^^

Gambar adalah tak ada kena mengena dgn cerita di atas. Ini semua gambar snap Jumaat lepas sempena celebrate belated birthday aku in the dept. Best sebab sambut sensorang aje. Bulan September hanya aku sorang & last bulan 12 punya birthday ada 2 orang. Gambo ciskut Fad tak sempat nak snap dah kena ngap dgn aku. Hahaha. Ade jugak beli KFC utk lunch. Hari makan sedunia.












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat