Suri Rumah Vs Bekerja

Lepas bersalin ada cuti berpantang selama 2 bulan. Dah 2 kali aku merasa menjadi seorang suri rumah. Suri rumah ni singkatan pd permaisuri rumah eyh? Kalau betul lah, kenapa aku tak rasa mcm permaisuri pun bila jadi suri rumah? Hehehe

Kalau orang tanya aku mana lagi penat jadi suri rumah atau bekerja, jawapan aku jadi suri rumah lagi penat. Siryes aku tak tipu. Sape perlekeh orang yg jadi suri rumah memang layak di rotan 40kali hihi. Selalu je dengar orang pandang rendah pd isteri & ibu yg tak bekerja ni. Kunun mcm tak up to date dgn gaya hidup wanita masa kini so on bla bla bla. To the hell with that! Perghh...kuor bahasa kesat omputih aku ngeee...

Kalau ko jadi suri rumah takde anak atau ada pembantu rumah, lain cerita kot. Tapi kalau jadi suri rumah yg kena jaga anak & jaga keperluan suami/rumahtangga sendirian, sampai ke malam pun kerja kita belum tentu boleh habis. Dan keesokkan harinya rutin biasa akan kembali berulang semula. Tak stress ko rasa mcm tu? 

Bila kita jadi suri rumah, pertama sekali kita nak pastikan anak-anak siap makan, mandi & pakai baju wangi-wangi di waktu pagi. Sebelum suami keluar bekerja, at least ada secawan minuman panas dlm perutnya. Senang kata breakfast pun kena buat utk suami & anak2. Then bermula lah rutin kerja rumah biasa spt basuh baju, sidai baju, kemas rumah, memasak yg dlm pd masa yg sama kena attend to anak2 yg nk makan, nak dibasuh berak, nak di tukar pempes etc. Multi tasking okay.

Selagi anak tak tido, kita pun tak boleh nak tido. Kalau anak dah 2-3org, takkan la semua serentak sekaligus boleh tido kan? So itu mungkin bermakna tiada tido lansung utk kita walaupun berada di rumah. Kejam kan? Hehehe

Dan...dlm pd masa yg sama kita pun nak mandi, nak makan, nak solat. So berapa byk multi tasking di situ. Semuanya akan buat kita terkocoh kocoh disana sini. Semuanya kena pantas & tuntas. Kalau ada suami, boleh la bergilir tengokkan anak semua. Tapi kalau dah sorang, mau x jadi lipas kudung kita ni. Mandi pon asal boleh aje. Makan nasi sampai nak tercekik hahaha. Waktu makan pun haywire. Breakfast pukul 2 petang pun pernah. Ko mampu???

Memang boleh kalau ko nak jadi suri rumah yg relax mengangkang je depan tv sambil layan anak-anak. Tapi aku tak boleh lah. Kalau nak jadi isteri yg hebat, cemerlang, gemilang & terbilang, kenalah pastikan semua kerja rumah siap kan? Rumah yg sentiasa kemas & sedap mata memandang. Suami balik kerja pun rasa nyaman je. Kalau ada kerja rumah yg aku tak mampu siapkan, rasa bersalah gila kot. Apetah lagi kalau suami yg tolong settlekan kerja tu. Rasa mcm dah fail jadi suri rumah yg berjaya T__T

So kita bandingkan lah segala kekecohan di rumah ketika menjadi suri rumah dgn waktu kita di tempat kerja. Fikir fikirkan lah....hehehe..

Aku tulis ni bukan nak kata tak best jd suri rumah. Pd aku, kalau gaji habi mmg cukup utk tampung segala keperluan rumah & tak rasa sengkek sampai tak boleh nak pergi holiday, sokay je jadi suri rumah. Pertamanya aku lihat drp sudut agama. Allah pun suka kalau kita dpt jaga & didik anak-anak yg kita lahirkan depan mata tanpa mengharapkan jagaan drp org lain. So even aku rasa susah bila jd suri rumah, kalau dah itu yg Allah suka, buat ajelah. Tak payah nak fikir banyak.

Buat masa ni habi mmg tak bagi aku berhenti kerja. Gaji bulanan aku tu masih diperlukan utk keperluan kehidupan kami 4 beranak. So here I am. Kerja ajelah. Untung la kerja pun tak stress mana. Enjoice. Hehe. It just that aku tulis ni maybe boleh jadi panduan pd wanita bekerja yg rasa mcm syok sgt lah kalau dapat berhenti kerja jaga anak. Jgn anggap bila jd suri rumah tugas kita akan lebih mudah. Tidak sama sekali. Malah aku rasa tggjwb kita jd lebih besar terutamanya pd anak-anak. 

Kalau kat taska boleh gak hrp pengasuh tolong ajar ABC, 123, Alif Ba Ta. Kat rumah nk harapkan siapa kalau bukan diri kita sendiri? Dah penat-penat buat kerja rumah, nak ajar anak belajar lagi. Anda mampu? HEHEHE

Anak sorang dah umur 3-4 tahun sokay je lagi. Byk yg anak kita dah boleh berdikari. Tapi bila ada baby sekali, mmg kalau bilau gak jadinya. Hahaha. Sbnrnya bergantung pd situasi berapa org anak kita & umur diorang jugaklah. Kalau anak dah sekolah gitu takde ape sgt jugak. Boleh je terbongkang depan tv layan sinetron petang-petang hihi

Tapi kan, kita yg dah biasa bekerja ni bila berhenti kerja kan takde income. Rasa tak best sgt taw. Mcm duit yg suami bagi tu kita rasa tggjwb besar utk settlekan hal-hal berkaitan keluarga je. So nak merasa beli brg keperluan sendiri tu agak terbatas la. Paling koman kena settlekan segala yg berkaitan family then balance tu barulah nk fikir if ada kehendak kita yg perlu. Kalau duit tu tinggal RM30 je ape nak buat ntah. Hehehe....

Mcm skrg ni ade gaji sendiri, suka hati je nk soping online itu ini. Yelah...duit kita sendiri kan. Pas settle beli ape perlu utk anak2 & bayar komitmen yg ada, laju je klik grupon la, mydeal la bagai carik brg2 menarik yg berkenan dihati. Dah berkenan, bayor. Suami pun tak boleh nk marah sbb duit kita bukan duit dia hehehe. Setakat kena jelingan maut tu apelah sangat hahahaha

So kalau anda suri rumah & masih nak ada duit sendiri, kena la buat kerja sampingan jugak mcm baking cake or jual insurans. Tambah lagi 1 tggjawab. Anda mampu????

Tepuk dada tanya kekuatan otot badan anda & otak juga...selamat bertepuk!!! Hahaha








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat