Little Jannah Intergrated Kindergarten

Alhamdulillah selesai dah bayar duit annual fee utk tadika baru Naurah tahun depan. Dah dapat baju sekolahnya pun. Tudung je tak dapat lagi sebab dah habis. Teacher Nurul kata nanti bila dah ada dia inform kami. Tadika tu mengasingkan pelajar dari umur seawal 3/4 tahun, 5 tahun & 6 tahun. Ada 3 kelas lah senang cakap. Semuanya bersebelahan aje. Class mate Naurah setakat Sabtu lepas cuma ada 6 orang kalau tak salahnya. Bila murid tak ramai, perhatian cikgu harapnya lebih la pd semua student yg ada. I loike. Hehehe.

Mula2 aku plan nk Naurah belajar Iqra' masa day care petang. Tapi Ticer Nurul kata hold dulu. Bagi Naurah sesuaikan diri dulu dgn kawan-kawan baru & ticer yang ada. Nanti bila dia dah serasi, boleh la klu nak amek Iqra'. Okaylah kalau macam tu. Kita ikut sajalah kata yg pakar =)

Ticer Nurul ni berpengalaman luas dlm mendidik budak tadika. Sebelum ni kerja makan gaji. Akhirnya suaminya setuju nk sponsor buka tadika sendiri. So tertubuhlah Little Jannah Integrated Kindergarten di BBST =) Ramah je Ticer Nurul ni. Senang berurusan dgn dia. Segala kemusykilan pun dah diperjelaskan. Naurah pun excited nak start sekolah kat sana. Jgn skrg aje excited yer kakak. Sok-sok menangis pulak tiap pagi nak ke sekolah. Ngehehehe....

Naurah dah la susah nak mandi pagi. Siap sedia lah aku jadi singa pagi2 bute every weekdays -.-"

Masa kami datang hari tu, deme tgh pasang CCTV kat premis tu. Boleh tahan juga yer siap ada CCTV. Happy to know that =) Keselamatan anak-anak bkn sst yg remeh bg ibu bapa. Betul tak? Dan tadika ni mmg berdaftar sepenuhnya. Terbaik!

Ada 1 benda yg aku suka dengar Ticer Nurul ckp hari tu. Dia kata eloknya tentang masukkan anak pd usia awal 3/4 tahun ni ialah kita dapt tahu lebih awal sekiranya anak kita tu ada masalah apa-apa dlm pembelajarannya. Antaranya if anak kita rabun, disleksia & sebagainya. If cikgu2 dapat kesan apa-apa masalah pd anak kita, diorang akan panggil kita & terpulanglah pd kita nk refer pd yg pakar dsb.

Aku harap Naurah sokay aje takde masalah yg serius. InsyaAllah. Amin.

Tamat sesi belajar kat tadika kalau tak salah 12.30 tghari. After that Naurah akan turun bawah sbb day care kt bawah. Kelas semua kat tingkat atas. Lunch di sediakan & bila masuk waktu solat, semua pelajar akan bersolat bersama-sama. Last pick up anak pukul 6.30ptg & after that dikira OT. Every half an hour RM3 or an hour RM6 la senang ckp.

Bab OT ni pihak sekolah akan inform pd akhir bulan berapa yg kita kena bayar. Maknanya diorang akan rekod lah. So tak perlulah kita susah payah nk ingat bape kali OT tu semua. Lega. Hahaha. Aku bab kira-kira duit gini memang malas skek =P

Yuran tadika RM360 per month (tadika+day care) belum termasuk OT. Pembayaran pd setiap awal bulan 1-10 hari bulan samada by cash or maybank2u ( i loike hehe).

Oh yer. Bab tadika Naurah ni semua adalah tanggungan habi. Nazif yg masih di taska skrg tanggungan aku pulak. Next year yuran budak setahun ke bawah naik from RM250 ke RM300. Tengoklah belanja budak-budak skrg ni kan? Kemain lagi banyaknya. 2 orang anak je senang kata RM700 sebulan. Dah macam bayar installment kerete pulak. Hehehe.

InsyaAllah masih dlm range kemampuan kami. Akan kami terus berusaha utk berikan yg terbaik utk anak-anak selagi terdaya. Lepas ni dah tak boleh la nak beli sandal Scholl sesuke hati kot huhuhu. Demi kamu oh anak-anak ku. Takpelah ibu down grade sket life ibu yg sedia ada ni. Ini menunjukkan betapa sayangnya ibu kat awak berdua taw!

Ibu tak mintak pun awak berdua jadi murid cemerlang dpt straight A's every exam. Ibu lebih nak mintak awak berdua jd anak yg ibu & ayah tak runsing fikir ttg akhlak & kelakuan diri. Nakal-nakal sikit tak apa mcm ayah & ibu dulu-dulu. Itu boleh diterima. Sbb skrg kami jd manusia juga akhirnya. Hahaha. Sblm ni alien ape??? ^^

Nak paksa anak jd bijak diri kita dulu pon bukan bijak mana pun kan. Hahaha. Sederhana aje. So sedar diri ajelah. Selalu dgr org kata anak-anak mencerminkan diri kita. Bila bayangkan anak2 aku akn jd mcm aku, rasa takdelah horror sgt kot. I consider myself is OK. Hahaha. Habi pulak...hurmmm. Dr sisi dia yg aku kenali mmg takde masalah. Cuma teringat bab nakal dia dulu2 tu hahhh. Merokok la, racing la ape laa.. Adoyaiii...hrp takdelah anak2 yg nurun bab itu huhuhu

Tolong promote hehehe ^^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat