Naurah Demam Pulak

Semalam pengasuh Naurah sms cakap budak tu demam. Risau sungguh aku. Rasa nak balik time tu jugak ambil dia & bagi ubat. Dah la baru lepas baca blog ibu bapa kehilangan anak-anak tersayang. Terbuai sama emosi aku dgn keadaan Naurah masa tu. Cecepat call habi inform & dia kata soh bagi ubat demam Nazif dulu sementara tunggu habis kerja. Sebbaek aku x keluarkan lagi ubat Nazif dr beg dia. Kunun standby utk adik sebab baru lepas cucuk 3 bulan hari tu. Sekali kakaknya pulak yg demam.

Ambil Naurah kat taska mukanya nampak tak ceria. Tak sedap badan gaknye. So terus singgah klinik Dr. Ravi & dia kata viral fever. Tekak merah, tonsil bengkak sket. Naurah asyik ngadu lidah dia sakit. Pergh..risau gila aku takot ada ulser tanda2 kena HMFD kan. Thank god tak ada.

Sementara tggu ubat, sempat aku baca ttg penyakit meningitis pneumococcal. Tetibe rasa cuak gile sbb semua simpton mcm ada pd Naurah. Adakah sbb aku masih terbuai dgn perasaan after baca blog sedih-sedih??? Aku harap sbb itu ajelah. I hope I'm wrong. 

Syukur after bagi ubat waktu malam, Naurah aktif mcm biasa. Pagi ni pun check suhu dah tak demam. Dia pun nampak ceria aje nak ke taska. Tapi still pesan kat pengasuh bagi semua ubat yg ada lepas makan. At least sehari dua ni kena bagi ubat jugak takut demam berulang. Antibiotik tu yg wajib kena habiskan.

Semalam pengasuh inform Nazif dah pandai ngamok-ngamok kat taska. Manja. Marah org lain dia yg mencebik nk menangis. Kekeke. Budak dah makin membesar kan. Dah develop peel baru. Standard ah. Takkan asyik nak sama je mcm baby baru lahir kan?Aku dpt bayangkan betapa cuaknya pengasuh semua bila Nazif menangis selak mcm yg aku dah lalui sebelum ni.

Kalau dia setakat nangis selak gitu sbb merajuk ke ape tak kisah la sgt. Tp menangis dia tu mcm kena dera okay. Mcm sakit yg amat di mana-mana. Tu yg buat kita cuak giler sbnrnya. Siap basah-basah bulu mata & meleleh air mata kt pipi. Allah haiii...camnelah boleh pandai menangis gitu skali anak lelaki aku ni.

Siryes Nazif adalah lebih manja drp Naurah. Anak lelaki mmg lebih manja ekk? Hehehe. Comel je ^^

Suka je ada anak manja mcm tu. Semuanya nak dgn ibu hehehe. Cuma penat sket ah sbb asyik nk berkepit dgn dia aje kan. Berak pun kena bawak skali. Guane? HAHAHA


Adik & kakak malam tadi ^^







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum