Shoga Sushi, Kompleks Sukan KLIA




Depan kedai. Bunga Sakura plastik yg menarik.


Last Friday lepas balik kerja kami terus ke Kompleks Sukan KLIA. Ada 2 pilihan samada nak makan western food di Windmill Station atau makanan timur di Shoga Sushi. Akhirnya kami pilih Shoga Sushi sbb aku tak berapa nak lapar sangat masa tu. 

Portion makanan Jepun tak banyak mana. Kalau nak dibandingkan dgn Korean food, Japanesse is lesser. Korean food byk. Kenyam bangat kalau makan 1 set tu ^^ Windmill Station kite postpone dulu. Maybe Jumaat ni pulak boleh pergi & bagi review =)

Shoga Sushi ni bertempat di Tingkat 1 Kompleks Sukan. Boleh naik tangga atau lif. Interior dalam kedai adalah cantik. Depan kedai pon dah cantik dgn bunga sakura plastik besar tepi pintu masuknya. Tak dapat snap banyak sebab henfon aku tertinggal dlm kereta. So ni aku cilok drp henpon habi. Tu pasal kualiti gambo mengecewakan hahahaa

Overall, makan tempura prawn & bbrp sushi portion mcm sikit berbanding kt Sakae Sushi. Yg ni sepiring RM3 tp mcm sikit ah. 2 ulas je kot. Klu kat Sakae rasanya 3 ulas gitu. Hahaha. Pastu tempura prawn mkn sejuk2 adalah OUT. Tp Naurah makan tak cukup so kena amek 2 piring. Tak kisahlah asal dia makan.

Pastu kami order 1 set je utk makanan. Biasa la ada miso sup, chawanmushi, ramen, rice & beef. Sedap. Lain kali boleh makan lagi. Ada byk lagi menu yg belum dicuba =)

Shoga Sushi ni halal yer. Master chef dia orang melayu. Chefs pun ramai melayu. Dekat pintu kaca masuk tu ada logo halal. Kalau masih was-was tak payah lah makan =P











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat