Family Woman

Asyik cerita tentang anak-anak aje sekarang kat blog ni kan? Nampak sangat family person aku nie. Hehehehe. Yelah. Pada aku keluarga nilah yang paling penting dalam hidup ni. Kalau sensorang je masih bujang mesti sedih & sunyi. Berharap kasih sayang mak abah & adik beradik ajelah. So bila ada suami & anak-anak, rasa lengkap dah hidup. Seronok je saling memberi & menerima kasih sayang. Kehidupan yg sangat bermakna =)

Btw nak say thanks to ily's sebab bagi link tentang Pengurusan Susu Ibu Semasa Mengerjakan Umrah. Dah beli pun e-booknya semalam dgn harga RM10. Pada aku sangat berbaloi membelinya sebab byk tips yang diberikan. Plus penulis e book tu menunaikan umrah pd tahun ni juga iaitu bulan Mac yg lepas. So takdelah beza byk sgt kot drp protokol kapal terbang dsb. At least dah nampak la ape keperluan yg perlu ada plus bbrp perkara yg boleh dijadikan options utk memastikan seboleh bolehnya ebm yg dikumpul masa kat sana dapat dibawa balik ke Malaysia dlm keadaan elok & selamat utk diminum oleh Nazif. InsyaAllah.

Oh yer. Update tentang menunaikan umrah yg dijangka pd Mac 2014 nanti, InsyaAllah pihak pengurusan akan beri kelulusan pd semua pemohon since yang memohon tak melebihi kuota yang dibenarkan. Bos aku as a committee yg sampaikan berita baik ni minggu lepas. Happy sgt bila dengar. Tapi dlm masa yg sama perasaan was-was tu masih ada. Rasanya selagi tak dapat jejak kaki kat sana tengok Kaabah depan mata, mmg beginilah perasaannya. Sebab jemputan ke rumah Allah ni tersangatlah special. Kalau mmg dah masanya, mmg tetap akan dpt pergi. Tapi kalau mmg belum masa, tetap takkan dpt jugak.

As for now, aku berdoa jelah moga mmg rezeki aku dah sampai. Doa juga semoga dipermudahkan segala urusan samada disini mahupun disana. Passport pon dah boleh renew lah nampaknya. Bila lah nak buat yer. Malas pulak rasanya nak beratur panjang. Hehe. Tak habis-habis dgn penyakit M =P

Hari ni merupakan hari terakhir Naurah ke taska lamanya. Company bagi staffs balik cepat sejam drp usual time. So sempat kot beli KFC bucket sbg tanda terima kasih pd owner & para pengasuh sepanjang hampir 4 tahun Naurah berada disana. Esok cuti tahun baru. Nak bawa Naurah ambil gambar passport utk tadika baru. So lepas ni hanya Nazif yg akan meneruskan legacy kakaknya di taska lama. Hantar Naurah dulu, pastu baru hantar adik. Timing ni yg taktau lg mcm mana. Nak keluar pukul bape etc. We'll see.

Gambar kat bawah ni semua snap Sabtu lepas outing ke Aeon Seremban 2 @ Secret Recipe. Tea/Coffee time.








Laki bini adalah penggemar coffee tegar

Pumpkin Soup

Chicken Pie

Kesiannya. Gambar selfie kat rumah je yang ibu ade T__T



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat