Genap 5 Bulan

Elok je. Cer kite cabut pacifier dia tu kejap

  
Ngahaha..muka dah semacam


Cebikkkkk...hahahaha...nangis weyh...manja sgt huhu

Alhamdulillah semalam genap 5 bulan dah anak bujang aku ni. Seronoknya anak dah besar gini. Dulu masa baby mmg tak sabar sangat nak masa berlalu. Sebab aku tak kompiden sgt handle baby kecik sgt ni even dah anak yg kedua. Seram ah. Hehe. Rasa mcm tggjwb besar terletak kat bahu nak pastikan baby sentiasa cukup minum susu & sihat walafiat. Paling seram bile dia menangis pastu kita dah try mcm2 dia tetap menangis jugak. Rasa mcm dah fail jadi seorang ibu yg baik. Nape ntah. Over sgt kot fikiran aku ni =P

So dah 5 bulan gini kire lega sikitlah even dah banyak akal pulak. Dah start kenal orang. Dah pandai meniarap angkat montot. Tak lama lagi ngesot kedepan kebelakang lah tu. Pastu merangkak lak. Homaiii...tak sabar sangat nak tengok progress pembesaran dia bulan ke bulan. Sangat mengujakan ^^

Sebulan je lagi sebelum start solid food. Aku tengah persiapkan diri dgn segala resipi menu utk baby ni. Dulu masa Naurah bagi bubur segera je yg Nestum tu kat taska. Yg Nazif ni rasa mcm nak jadi rajin skek. Tgk la nanti cemana. Tak boleh nak gebang beriya sgt takot penyakit M tu lebih besar drp segalanya =P

Semalam jugak si Nazif ni cranky seharian. Harap hari ni dia tak buat perangai sgt kat taska. Moga terus membesar dgn sihat yer anak. Love U!






Popular Posts