Kenaikkan Kos Hidup Kami



Tak tau kenapa perlbagai kenaikkan yg melanda negara kita skrg ni akhirnya aku rasa sudah terbeban. Maybe atas faktor pertambahan ahli keluarga jugaklah. Dulu bertiga, skrg dah berempat. Yer, xpayah nak preach aku pasal setiap anak ada rezekinya. Aku tau! Aku tak kata pun sebab anak-anak aku rasa hidup aku susah. Kita tengok drp sudut realistik ajelah yer. Takyah nak kait tentang hal lain. Realiti kehidupan di zaman milenia.

Aku pun tak tahu samada aku & habi ni masuk kategori sederhana lagi ke tak ntah. Tapi memikirkan masih ramai lagi orang yg income jauh lebih rendah drp kami, so aku andaikan kami mmg middle income class lah. Cumanya makin tahun, makin banyak benda yg terpaksa kami lepaskan. Sbb benda yg kami mampu pd tahun-tahun sebelumnya dah jadi tak mampu pulak. Contohnya bab pergi holiday. Sebelum ni boleh pergi family holiday 3 kali setahun during new year, anniversary & end of year. Tahun depan rasanya cuma dapat kekalkan yg anniversary aje kot.

Yang new year & end of year tu dah takde bajet. So andaikan ajelah balik kampung kat Johor adalah family holiday kami. Gitu. Bab ni aku takdelah sedih mana sebab more to leisure aje. Kehendak bukan keperluan. At least dlm setahun jangan sampai takde lansung pergi holiday. Yang itu mmg boleh buat aku jadi sedih. Benefit pergi holiday ni byk kebaikkannya pd aku. Terutamanya utk eratkan kasih sayang dgn suami & anak-anak lah. Ubah rutin bekerja yang takkan pernah habis adalah perlu sebelum semua orang naik gila. Hahaha.

Nampaknya cita-cita aku utk stick pd kehidupan yg selesa even ahli keluarga dah bertambah tak kesampaian kot. Semuanya sebab kenaikan cost of living kat negara kita ni. Semua komitmen bulanan bil dah semakin meningkat. Itu pun masih ada untung duduk kat negeri Selangor. Sejak kerajaan negeri pegang pemerintahan, tak pernah sekali pun lagi kami bayar bil air. Alhamdulillah. Rakyat Selangor dah merasa ada benefit bertukar pasti politik. So masa PRU yg lepas, makin bertambah sokongan pd parti politik yg sudah nampak lebih mesra rakyat. Hidup aman damai je lagi kami kat Selangor ni. Takde huru hara pun. So, bile rakyat negeri lain nak bukak mata yer?

Kebajikan rakyat yg paling utama. To the hell lah pasal gaji tinggi speaker negeri ke ape ker. Yang penting ada kebaikkan kpd kita rakyat yg merasa semakin tertekan hidup di negara sendiri ni. Gaji tinggi, kerja jalan, rakyat happy, ape nak kisah kan? Ini gaji tinggi (dirahsiakan), kerja so-so, rakyat tertekan, ape kes???

OK. Bil air dah FOC. Tapi bil elektrik dah naik. Bil telefon rumah tetap pulak komitmen terbaru kami kes takde line henfon kat rumah. Bil astro yg dah naik jugak start bulan ni, aku nak reduce pakej habi x bagi sbb dia nak tengok bola. So nak taknak kena hadap ajelah semua ni. Dari segi bil, ada 2 kenaikkan & 1 pertambahan. Tipu lah kalau kami tak terasa.

Petrol pun dah naik hari tu kan? Dulu RM50 tahan seminggu pegi balik kerja. Skrg RM80 baru tahan.

Perbelanjaan anak-anak pulak sblm ni taska Naurah cuma RM200 sebulan. Anak dua, Nazif RM300. Next year Naurah masuk tadika RM360 sebulan. Adik RM300. Total RM660. Susu dutch lady Naurah murah je. Sebbaek nak susu murah. Nazif pulak sebbaek fully breast feed. Kalau x susu Anmum setin 650gram RM70 tahan 2 minggu. Ko mampu??? Diapers si Naurah cuma pakai time dia berak je. Tu pon pakai Fitti je. Murah. Nazif pun pakai Fitti. Sebab murah so selalu tukar & tak kena rashes. Alhamdulillah. Kalau diapers mahal, berkira sket kot nak tukar selalu.

Gaji naik masa awal tahun. Akhir tahun, banyak benda yg naik. Anak pun bertambah. So senang kata gaji lama dah jadi tak relevan dgn kos hidup masa kini. Tu pasal aku dah tak sabar sangat nak tunggu bulan 4/5 tahun depan utk dpt increment gaji. Harap boleh release sket tekanan yg dirasai sekarang.

Ohh..lupa. Tol pun akan naik bulan depan. Januari 2014. Untung kami pergi balik kerja takde tol. Tapi on weekend bila balik rumah in law kt Semenyih & ke KL rumah Kak Ya, mmg tak boleh elak dgn tol. Bertambah lagi pengeluaran RM dari purse & wallet.

Total family personal insurance pulak RM514 utk 4 orang. Takkan nak cancel? Medical cost dah la tinggi. Bahaya kalau takde personal insurance. Company insurance cover berapa lah sangat khenn. Kalau tak cukup, at least ada back up personal punya. Nak keluar dr poket sendiri, banyak sgt ke duitnya? Plus ada la jugak saving sikit drp insurance ni buat bekalan di masa tua. Buat belajar budak2 ni kalau ada rezeki dpt masok U esok-esok. X payah nak berhutang dgn PTPTPU tu dah! Bior lah ibu & ayah je merasa susah membayar hutang sampai kulit berkedut.

Semua kenaikkan ni kebanyakannya adalah benda basic dlm kehidupan seharian kita. Bila petrol naik, pelbagai barang keperluan pun turut naik. Senang kata, semuanya naik kecuali air hujan.

Tak sempat nak adjust gaji dgn 1 kenaikkan, kenaikkan benda lain dah pun berlaku. Guane gitu???







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum