Lawatan Pertama Naurah Ke Zoo Negara

Alhamdulillah selamat dah Naurah pergi lawatan pertamanya bersama kawan-kawan & pengasuh ke Zoo Negara & Taman Rama-Rama kat KL. Thanks to owner taska & pengasuh yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar. Lawatan pertama Naurah di usia 3 tahun 10 bulan ^^ Wajib kena buat entry ni. Nanti Naurah dah besar boleh masuk sini tengok balik gambar-gambar dia semua hehe.

Tapi sebelum pergi ke zoo ni..senang kata cerita belakang tabirnya ni kan, Allahu Akbar. Sangat menguji kesabaran aku & habi. Asal dia teringat je nak ke zoo, dia menangis. Asyik cakap taknak pergi. Asyik cakap dia demam la, sakit perut la (padahal takde pon), cakap takut hantu la ape la. Cakap la mcm mana pun tetap jawapan dia taknak pergi. 

Aku & habi buat hati keras aje. Malas layan dia. Sebab dah tau dah sama je mcm kes taknak pergi sekolah. Bila dah sampai sekolah, elok je main happy2 dgn kawan. Takde menangis ape pon. So aku dah tau mesti bab zoo ni pun sama. Percaya lahhhh!! Dan of kos tekaan aku tepat. Right after she saw the bus parked in front of her taska, drp tgh menangis tu terus diam & tanya itu bas apa tu ibu? Seeeeeee!!!! -..- Aku saje tanya, kakak nak naik bas tu tak? Naaaakkkk!!! -..-

Terus muka excited gila. Laju je pakai bag pack bile disuruh. Takde tantrum lansung dah. Turun kereta laju je jalan beratur dgn kawan2 dia. Mmg dah teka dah. Bas gerak pukul 9.30am & sampai semula kat taska pukul 5 petang. Lega sgt semuanya berjalan lancar. Pengasuh kata Naurah okay je. Takde menangis ke ape pun. Ikut je apa yg disuruh =)

Tak sangka aku & habi berjaya mengatasi kebimbangan utk anak seusia Naurah join aktiviti tanpa kitorang ni. I guess we are a cool parents ^^ Ramai je budak yg tak join kes parents tak berani nak lepaskan. Aku & habi suka je Naurah berdikari & join aktiviti sosial mcm ni. Biar dia terdedah skek dgn environment luar jgn nak harap ibu & ayah aje ada sama. Hidup kena berani taw!!!

Sbnrnya benda mcm ni pd aku menguji ketawakkalan kita pd Allah. Kalau kita percaya Allah, InsyaAllah kita boleh je lepaskan anak-anak pergi join xtvt mcm ni. Kita doa mintak pd Allah spy jaga keselamatan anak kita sbb Dia lah sebaik penjaga. Semua benda baik & buruk pun atas izin Dia jugak kan? Kalau pun ada benda buruk terjadi masa anak kita pergi, adakah kita nak salahkan pengasuh tu semua? Hanya orang takde otak je buat mcm tu. Kita ada Allah. Semua yg berlaku adalah qada & qadar yg Dia dah tetapkan utk setiap hamba Dia sejak dlm kandungan ibu lagi.

Aku cuma mintak agar aku & habi sentiasa kuat semangat walau apa pun cabaran kami dlm membesarkan anak-anak. Moga Allah tolong.  

K. Jom tengok gambar2 Naurah yg aku cilok drp pengasuhnya di FB. Tahniah Naurah!!! =) You are a big girl now. Ibu & ayah takkan selamanya akan bersama dgn awak. Belajarlah berdikari drp skrg okay.

Nasib baik jersey Liverpool. Kalau Man U, menangis aku & habi hakhak =P

With her best friend at taska. Mia Auni.

Tido pun berjemaah. Ni dah otw balik.

Muka masam. Mesti panas ni. Haha



3 sekawan. Mmg baik ber 3 ni =) Iskandar

Tetibe sebak je tgk Naurah join benda mcm ni. Dah besar dah anak aku huhu ^^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat