First Homemade Bento For Nazif

Pertama kali masak bubur nasi kentang & carrot utk Nazif utk bekalan ke taska. Ini bubur kedua aku masak selepas yg pertama pd Sabtu lepas buang begitu saja kes hangus T__T Eyhh..sebelum ni pernah masak bubur nasi sahaja takde campor ape suap kat rumah. Nazif makan main-main je masa tu sebab baru nak perkenalkan solid food. Utk bekalan taska ni baru mlm tadi kumpuk kekuatan utk buat homemade puree for him. Kesian asek makan ready made cerelac 2 perisa tu je kan.

Setin aku beli brown rice cerelac. Yg kat rumah cerelac rice & fruits. Inilah namanya ibu pemalas yg nak semua benda cepat & senang aje. Haihh...dah lama sangat relax kot aku ni. Jadi lemau. So mmg kena kumpul segenap kekuatan diri utk menjadi ibu yg rajin semula like masa Naurah dulu.

Well, sbnrnya aku dah lupa masa Naurah dulu ade ke aku buat homemade puree ek? So selak archive blog & nampak aku bagi dia cerelac jugak. Kohkofff. Tu yg jadi down balik azam nk buat homemade food for Nazif. Takpelah kot dia ikot jejak langkah kakak dia dulu je. Tak rasa bersalah sgt gitu. Hahaha. Hampes punya mak!

Sebab seingat aku, masa Naurah 8 bulan kot baru rajin sgt masak bubur utk dia sebab tak perlu nak blender jadi puri. Naurah tak suka puri dah masa tu. Dia dah ready for some texture in her food. So keje tak renyah sangat. Nak buat puree ni yg malas skek sbnrnya.

Tapi bila tgk ramai geng mak-mak rajin sgt buat bento utk anak ke taska, aku jadi malu diri sendiri pun ada. Dalam hati ckp, macam la susah sgt nak masak bubur utk anak kan? Lebur je semua dlm periuk, kacau2 & tggu masak. Esok pagi perangat & masok bekal. Siap! Itu pon x boleh buat meh?

Lebihan bubur simpan dalam fridge tahan 2 hari. Masok freezer 5 hari. Ok ah tu kan?

So itulah sejarah bagaimana hari ni aku berjaya buat bubur homemade sbg bekal utk Nazif ke taska. Moga terus diberi kekuatan oleh Allah utk meneruskannya. Amin.

Lupe snap gambo bekal dia psl kocoh2 nk g keje kan. Next time InsyaAllah =)






Nazif pd usia 6 bulan+ masih lagi taknak mengesot kedepan or belakang. Meniarap je pon dia tak suka lama-lama. Duduk masih perlu bertampung even tulang belakang doc ckp dah lurus. Simptom anak lelaki mmg lambat drp anak perempuan. Ibu kena byk bersabar huhu

Oh ye...on weekend aku pd waktu siang aku dah x pakaikan Nazif stokin sbb nak dia explore rasa kat kaki dia tu. He loves it. Malam je pakai sbb sejuk aircond. Takot masok angin pon ye.

Nanti nak pesan kat owner taska xyah pakaikan dia stokin waktu siang. Biar dia rasa kaki dia lepas bebas gitu ^^






 













Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat