Home Deco : Kaison @ KL Festival City

Weekend yang lepas banyak aktiviti berjalan ke sana sini. Gitulah kekdahnya kalau naik KL ke rumah Kak Ya. Sebulan sekali wajib kesana beramas mesra dgn family aku pulak. Sejak Kak Ya pindah KL, inilah rutin terbaru kami sekeluarga setiap bulan. Baru rasa adil gitu bahagi weekend yg ada dgn family in law & family aku jugak. Maklumlah kalau nak balik setiap bulan ke Johor and meet my parents mmg lari lah bajet bulanan kami huhu

Paling best bila jalan-jalan round shopping complex & makan-makan dgn Kak Ya, banyak lah yg dia support drp segi kewangan. Habi marah jugak ah kat aku bab ni. Hehehe. Sbb mcm amek kesempatan melampau sgt kt Kak Ya kan. Ishh..aku pon idokler buruk perangai sangat. Ade gak yg aku guna duit aku jugak. Habi saje buruk sangka kat bini taw. Malas kawan! Haha

Sabtu lepas after Asar kami ke KL Festival City. Aku nak g Kaison cari wallpaper. Sejak masuk grup deco rumah kat FB, kemain la semangat nak deco balik rumah yang dah lama terbengkalai tu. Sebab sen tak berapa nak meriah sangat, so cilok idea pd pen deco yang suka cari hiasan rumah murah-murah. So marilah kita menuju ke Kaison, Mr. DIY, Daiso & Japan Home Center ye ^^

Ke Kaison, aku beli wallpaper for cermin. Yang ni nak pasang kat dapur sbb curtain tak pasang-pasang nak dekat 5 tahun dah duduk rumah tu -..- Malas nak cakap banyak la kenapa. Sendiri mau fikir la. Haha. Siap aku gantung segala kuali periuk kat grill tingkap dapur tu sebab nak cover skek drp jiran belakang rumah nampak. Waktu malam paling bahaya la kan sbb bukak lampu. Siang tak nampak sbb mmg dah tinted gelap tingkap tu. Segulung RM7.90 only. Beli 2.



Pastu aku beli juga wallpaper pvc self adhesive nak lekat kat feature wall yang sangkut TV tu. Tak banyak choice yang siap ada gam ni. Ada 3 je kot. Last-last pilih kaler feveret aku, cokelat. Haha. Nak tukar sbnrnya drp asyik coklat je semua benda. Tapi susah lah sbb tak byk pilihan. Ada coklat cair, coklat gelap & hitam. So amek coklat cair sbb ada corak skek daun-daun gitu. Belasah jelah. Agak-agak tak lawa, pasang dlm bilik haha. Segulung RM19.90 je ^^ Beli 2 jugak. Kalau tak cukup pergi beli lagi. Kalau dah takde mmg siap ah habi kena dgn aku. Dia yg tak bagi aku beli banyak terus ritu -..-


Tak sabar sebenarnya nak pasang. Tapi keje mcm ni tak sesuai la aku nak buat kan. Utk cermin tingkap tu gagah lagi aku nak buat. Utk wall dinding mmg tak boleh sbb kena panjat tangga & alih kabinet TV. Keje berat tu sesuai utk habi je =P

Nanti dah ada hasil akhir, aku update kat sini lagi ye.











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat