Korean Drama : My Love From The Star

Aku ingat lagi tahun 2012 sebelum aku pregnantkan Nazif, masa tu menggila betul tengok korean drama kat OneHD dengan habi. Boleh kata channel wajib setiap malam bagi kami. Tak salah aku masa tu tayang drama Lee Min Ho, The Faith. Pastu terus follow jelah drama apa yg ditayang. Akhir 2012 aku conceived Nazif dan kegilaan itu pun pergi bersama simptom pregnancy yang membuak-buak. Haha

Lepas aje pregnant, Lee Min Ho pun keluar dengan drama baru The Heirs. So kegilaan pun kembali. Jumpa pulak website yang boleh tengok online pelbagai drama drp Korea, HK, Taiwan & Japan. Semua pun drama yang tengah main kat negara masing-masing. Fresh gitu huhu

Lepas The Heirs tamat, ganti la drama My Love From The Star. Memula memang aku malas nak follow. Rasa mcm tak lawa je heroin dia. Hero pulak mcm pernah tengok. Tapi dimana ya? Rupanya hero Secretly Greatly. Movie tu pn aku tgk online je haha. Then saje jelah try tgk first episode sbb masa tu memang takde follow ape drama dah. Semuanya mcm takde yg berkenan dimata hero & heroinnya. Haha. Aku mmg poyo bab ni. Suka klu hero & heroin sama cantik & padan je. Keji betol kan -..-"

So bile tgk first episode terus hooked up. Siap search nama heroin & hero bagai. Stalk drama & movie diorang sebelum ni. Dan aku tarik balik yg heroin citer ni tak lawa. Lawa gila kot. Gianna Jun. Femes dalam movie Windstruct , My Sassy Girl & Daisy. Lakonan dia pon mantopp! Kalau ganding dgn Lee Min Ho ni like a dream come true lah =P

So for the korean drama fans, drama MLFTS ni adalah kategori wajib tengok! 

Secara ringkasnya ttg percintaan atr alien yg dtg kebumi (hero) & stuck for 400 years lebih kat sini sblm dapat balik semula ke planet dia. Tapi muka maintain hemsem ok. Tak tua. Kalau tua ada ke org nak tengok drama ni? Hahahaha....

Bila its time for him to go back to his star, dia jumpa heroin & they fall in love. Tapi kalau dia stay kat bumi, dia akan mati. So how? T___T

Ada lagilah twist lain dalam cerita ni. Tak membosankan lansung drama ni. Now dah 18 episode. Nak habis dah tak lama lagi ni. Tak sabar nk tengok ending. I hope its a happy one. Kalau tak happy mmg T____T


Yang tengah berdua tu heroin & hero ^^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat