Umrah #1 - Pengurusan Dokumen

Ya Allah, pantasnya masa berlalu. Minggu depan dah kena submit all the documents regarding Umrah preparation bulan April nanti. Pagi tadi sempat ke klinik panel utk amek injection meningcoccal yang tahan 1 tahun. Aku & habi je dah makan RM300. Bertambah susut lah peruntukan medical kami. Baru nak masuk bulan Mac dah tinggal 1k je kot dari 2k. Senang kata bila anak makin bertambah, peruntukan medical yang kampeni bagi makin tak cukup. Budak-budak zaman skrg dah la senang kena penyakit. Penyakit zaman skrg pelik pelik pulak tu.

Kan best kalau peruntukan medical utk staf ni depends of berapa ramai ahli keluarga yg kita ada instead of ikut position seseorang. Berangan jelah kan. Takpe...tak kena bayar. Haha. Walau apa pun aku tetap bersyukur dengan peruntukan yg ada. At least ada drp tak ada kan? =)

This Wednesday aku dah apply half day dengan harapan utk settlekan semua pasal dokumen Umrah & pembayaran pada HR. Punyelah kedekut cuti sampai apply half day aje kan. Harap Allah permudahkan urusan kami pd hari tu nanti. Amin.

Honestly aku baru khatam membaca everything about Umrah sekali. Itu pon download PDF version dari internet. Buku memang tak ada lansung. Cuma buku hadiah drp Mid jelah pasal perkongsian pengalaman orang yang pernah menjejakkan kaki kesana. Itu pun masih takde masa nak baca T__T

Baju bajan nak bawa pun takde ape lagi yg aku beli. Maybe boleh pinjam Kak Ya aje nanti. Save budget. Alhamdulillah ada orang yang sudi nak pinjamkan kelengkapan utk mengepam susu kat sana nanti. Thanks to Ily. Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik awak pada saya.

Kursus umrah InsyaAllah akan pergi pd minggu kedua bulan Mac nanti.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.






Popular Posts