Umrah#2 - Passport, Pengesahan Surat Nikah & Pengeluaran Tabung Haji

Alhamdulillah kerana telah mempermudahkan urusan kami pada hari ini. Passport dah pun di renew, duit pun dah dikeluarkan, salinan surat nikah pun dah di sahkan oleh Jabatan Agama Islam. Lapangnya dada & fikiran bila semuanya dah selesai. Sekarang cuma tinggal nak submit semua dokumen pada HR. Harapnya semua dah lengkap. Kalau tak lengkap pun masih ada masa 2/3 hari untuk lengkapkan. Inilah pentingnya hantar awal sikit drp dateline yang dah ditetapkan. If ada benda yang terlepas pandang, masih ada masa nak settle kan.

Ini pun kira dah last minute punya persiapan dah yang kami buat ni. Dah beberapa hari dok risau mengenangkan semuanya kena settle by this week jugak. Syukurlah Allah permudahkan urusan kami. Ambil cuti half day & semuanya settled =)

Pagi tadi kami sampai ke Pejabat Imigresen Presint 15 pukul 9pagi. Ambil giliran dah nombor 1090 & 1091. Masa tu nombor 1034 macam tu lah. Sampai pun dah lambat. Takkan nak expect dapat nombor cecepat khennn. So lepas habi tanya if dia punya pasport yg kalau ikutkan x kurang dari 6 bulan masa pergi Umrah nanti boleh renew now ke tak, kitorang pon teros bergegas ambil gambar pasport & request for Visa sekali.

Gambar pasport 4 keping RM10. Gambar Visa 4 keping RM8. Sekejap je siap. Kalau nak buat kat kiosk, cuma perlukan pasport lama & IC. Itu sahaja. Tak perlu nak isi borang apa pun. Masa kat kiosk tu nanti akan ada pegawai imigresen yg guide kat sebelah tu. Tak perlu risau sangat lah yer. Senang aje prosedur kat kiosk tu. Tak rumit mana. Ikut ajelah apa yg terpapar kat skrin tu. Kat kiosk tu jugak boleh buat pembayaran sekali. Pilih berapa tahun kita nak & bayar. Kiosk cuma terima not kertas RM50 & RM100 sahaja ye.

Lepas bayar, keluar resit & submit lah salinan IC & gambar pasport pada peg. imigresen yang guide kita tadi masa dekat kiosk. Nanti kat resit tu dia tulis pukul berapa kita perlu ke kaunter penyerahan pasport. Macam tadi pukul 11am dah boleh ambil. So senang kata 9-11am, 2 jam je dah siap renew pasport. Yeayyy!!! ^^

Lepas renew pasport, balik rumah pulak sbb habi lupa bawa laptop dia. Sebelum tu singgah Pejabat Agama BBST utk chop pengesahan salinan surat nikah kami.

Bertolak semula ke Cyberjaya utk ke Bank Islam pulak. Keluarkan duit Tabung Haji kat situ & masuk office semula pukul 12.57 tengahari. Alhamdulillah. Selesai semuanya.

Sekejap lagi nak jumpa orang HR untuk buat pembayaran & serahkan semua dokumen yg diperlukan. Sekian, terima kasih =P







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat