Nazif Jatuh Walker :"(

Allahu Akbar. Nazif jatuh walker pagi tadi tersembam kat lantai. Berderau darah aku tengok. Naik pucat muka rasanya. Masa tu tengah sibuk kemas barang beg, susu semua nak masuk dalam kereta. So Naurah la yang pantau adiknya tu. Walker Nazif tu kat dapur. Dari dapur nak ke ruang tamu tu lantainya tak even. Kira kena angkat sikit la walker tu keatas dari lantai dapur tu. 

Memang dah selalu pun Naurah angkat walker tu sebab bukan tinggi mana pun beza lantai tu. Tapi yelah...nak dijadikan cerita kan. Si adik pulak agaknya tak diam dok lompat & lonjak badan dalam tu. Tu yang tah macam mana walker tu terbalik ke belakang semula kat lantai dapur T____T

Naurah tengok adik dia jatuh je terus menangis kuat & aku pun ape lagi...berlari la ke dapur tengok Nazif pun dah menangis sama tersembam. Ya Allah....rasa nak padam je memori nampak Nazif terhempap walker muka tersembam kat bwh tu T____T

Sepantas kilat aku ambil dia & redakan tangis. Habi pujuk Naurah. Riuh rendah pagi-pagi dengan suara budak-budak menangis. Nazif nangis sekejap je. Bila rasa dah tak sakit, dia diam lah. Naurah pulak yang menangis panjang. Terkejut lah tu.

Alhamdulillah aku & habi sama-sama cool. Kami tak marah lansung pd Naurah. Naurah tu kecik lagi kot. Bukan salah dia. Tggjwb kami lah ibu bapa utk memastikan keselamatan anak-anak. Sebelum ni tak pernah jadi pun macam ni. InsyaAllah lepas ni kami akan lebih berhati-hati. Nanti nak pesan kat Naurah lepas ni jangan angkat dah walker tu if adik stuck kat dapur. Biar ibu & ayah je yang angkat.

Nazif nampak okay je. Tapi sbg ibu aku tetap rasa risau. Habi suruh hantar je ke taska. So tadi aku cerita la scr ringkas kejadian Nazif jatuh tu pd pengasuh & suruh dia tengokkan lebih sikit Nazif. Inform me asap if nmpk Nazif pasif than usual & if ada muntah etc. Dah sms juga owner taska pesan apa yang patut. Ya Allah, lindungilah Nazif drp sbrg kemelaratan yang lanjut. Amin.

I know walker memang tak bagus sangat apply pd anak-anak. Tapi kami tak byk choice sebab Nazif bukan jenis budak yang suka terbaring meniarap gitu. Dah lah tak boleh mengesot ke depan or merangkak lagi. So dia cepat boring bile meniarap je. Takat umpan dengan toys, sekejap je kot dia dah merengek semula. Lansung tak boleh buat kerja. Susah. Nak angkut dia kemana saje pun payah jugak kan. Boleh jadi kemalangan lain pulak yg jadi.

So nak taknak mmg terpaksa guna walker. Dia pun happy dapat lari sana sini. Mmg memudahkan kami banyak la. Walker tu Nazif guna bila kami ada hal yg nak dibuat je. Lepas dah settle, mmg kami tak bagi dia lama dalam walker tu. Angkat dia & main-main lah.

Dilema menjadi ibu bapa. Begini lah....

Moga Allah permudah.


Maafkan ibu & ayah ye Nazif :"(

Ibu doa kuat-kuat pd Allah spy awak tak apa-apa T__T





Popular Posts