Esok

Ya Allah, hanya tinggal esok sahaja. 

Debaran semakin terasa. Membayangkan saat-saat berpisah dengan Nazif & Naurah sahaja sudah membuatkan air mata bergenang. Itulah cabaran pertama yang perlu aku tempuhi dalam perjalanan kerohanian ini nanti.

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku :"((

Ya Allah, jagakan mereka, Berikan kesihatan pada keduanya :'(

Kawan-kawan, 

Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesalahan samada secara aku sedar ataupun tidak. Aku hanyalah manusia biasa yang takkan pernah lari daripada membuat dosa. Halal kan makan minum & jika sudi doakanlah semoga perjalanan aku & habi nanti dipermudahkan Allah & dikurniakan umrah yang mabrur di sisi-Nya.

Kepada yang berkirim doa, salam kepada Nabi SAW & beberapa barang, InsyaAllah aku akan sedaya upaya tunaikan. Kalau ada yang tertinggal, harap di maafkan.

Moga kita semua di pertemukan kembali dalam suasana yang gembira. InsyaAllah. Amin.


Ya Allah, 

Aku datang menyahut seruan-Mu & akan melaksanakan perintah-Mu.

Terimalah aku, ya Allah.

Ya Rasulullah, 

Aku akan datang menziarahimu. Salam & selawat ke atas Mu wahai kekasih Allah.

Syahdu.

Kaabah - rumah Allah
Pintu masuk ke makam Rasulullah SAW

* gambar-gambar dari sumber google






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat