Skip to main content

Make Up Set Untuk Naurah

Sejak ekonomi keluarga kami merudum, banyak keinginan aku nak belikan sesuatu untuk anak-anak tak dapat ditunaikan. Sedihnya :"(

Naurah yang dah banyak cakap tentunya dah pandai request itu ini. Selalu je cakap nak itu lah, nak ini lah. Aku cuma ye kan aje. Takde beli pun. Naurah memang budak baik. Dia tak pernah lagi rasanya menangis sebab terlalu nak kan sesuatu benda. Cumanya aku sebagai seorang ibu ni memang lekat kat otak bila anak mahukan sesuatu. Asek terngiang kat otak benda-benda yg dia request tu. Padahal aku rasa Naurah tak kisah pun dapat ke tak benda tu. Biasalah mak-mak. Hoverrrrr.

Tapi budak selalunya ingat bila dia nampak balik benda yang di pernah mahukan tu. Contohnya rumah kecil like a doll house yang dia nampak iklan kat dalam majalah Pa&Ma. Asal selak and nampak iklan tu je, mesti dia request kat aku. Tu yg datang sedih tu sebab sampai skrg masih tak dapat tunaikan. Kesiannya anak aku. Hover lagi.

Hari tu masa jalan-jalan kat The Mines, lalu kedai toys & Naurah nampak dah benda baru idaman dia. Meja solek kecil bersekali dgn kerusi. Mmg comel. Aku tau Naurah mesti happy gila kalau dapat benda tu. Dia kan memang suka bab make up ni semua. Terpengaruh dengan Cik Anje nya dulu masa duduk dengan kami. Dah berbatang lipstic & berbekas eye shadow aku beli khas utk dia. Semuanya berjenama sbb habi takut yg takde jenama ada side effect lak kat kulit anak. Padahal budak tu buat korek-korek je kdg tu. Sabor kan ajelah.

Bekas brooch aku habis dia kebas masukkan segala alat solek yg ada. Bertuah punya anak. Bertaburan brooch aku dia kirai dalam laci je. Lotion kecil Sebamed si Nazif pon dia cilok buat koleksi mekap dia. Bedak, sikat, getah rambut, perfume semuanya serba lengkap. 

Kalau dapat beli meja & kerusi solek tu mesti dia happy sangat kan???? Takdelah mahal sangat pun pada aku. Tapi dlm ekonomi skrg mmg dah tak boleh suka hati beli mcm dulu. Sedihnya :"((

Sabar ye Naurah. Kalau ada bonus, ibu belikan awak make up set tu. Kalau xde bonus, ibu tunggu backdated increment  pulak. Kalau dua-dua takde, ibu kumpul la tiap bulan duit utk beli. 3 bulan kumpul cukup dah rasanya. Huuuuuuuu T____T

Hover sangat!!!!


 






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…