Ada Apa Dengan Anak?

Masa nak naik flight from KL to KK hari tu, belakang aku mat saleh perempuan 2 ketoi. Agaknya dalam baya aku gitulah. Masa tu aku dukung Nazif & muka dia menghadap ke belakang. Kiranya menghadap 2 mat saleh tu lah. Then I heard one of them talking to another one...


Lady 1 : Cute eyh this little boy?

Lady 2 : Yeah.

Lady 1 : I love kids. But I don't know what to do with them *giggled

Lady 2 : Yeah. Me too * giggled too

Dalam hati aku kata. Kesian pompuan 2 ni. Tak tahu nak buat apa dengan budak-budak? Takkan lah sebab tu je taknak ada anak meh? Alahai. Ruginya. 

Pada anak-anak lah kita menumpang kasih sayang. Kita curahkan segala kasih sayang yg ada dalam diri kita. Kita jaga segala keperluan dia, bergurau senda & bermain dengan dia. Senang kata kita besarkan lah dia seperti mak ayah kita besarkan kita dulu. Cuba berikan yang terbaik utk dia. Bagi pendidikan agama & dunia supaya jadi manusia yang berguna. Itulah caranya.

Aku tak harapkan anak-anak aku bagi aku duit yg banyak bila diorang dah besar nanti. Pada aku bila diorang jadi manusia yang baik di sisi agama & masyarakat, dah cukup syukur dah. Asal dapat sedekah doa utk aku kat dalam kubur sok, dah cukup syukur jugak dah. Dapat doakan keselamatan kita di hari akhirat sok, dah cukup lega dah.

Jadilah hamba Allah yang baik ye anak-anak. Yang hormat ibu bapa. Moga kita jumpa lagi dalam Syurga di hari akhirat nanti dalam suasana yang gembira. Amin.









Popular Posts