Aku Hanyalah Aku

Berjumpa lagi kita dengan hari Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah =) Bernafas lagi hari ni untuk melihat wajah suami & anak-anak, bersiap utk pergi kerja & menjalani kehidupan seharian spt biasa. InsyaAllah.

Ya Allah, moga hari ini lebih baik drp semalam :)

Orang kata, perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Selepas tu InsyaAllah secara automatik hubungan kita dengan manusia pun akan menjadi lebih baik. Seriously aku rasa aku memang dah surrender berusaha utk menjadi manusia yang lebih baik kepada manusia yang lainnya. I mean, this is who I am. As usual, kita takkan pernah dapat memuaskan hati semua orang dgn diri kita.

Aku akui aku memang banyak kelemahan. Itulah aku. Siti Sharena Binti Rusli. Aku tak berlakon. Takkan mampu aku berlakon berpuluh tahun hidupnya aku di bumi Allah ni. Kelemahan & keburukan diri aku ni, hanya Allah yg dapat mengubahnya. As a human, aku rasa aku dah cuba yang terbaik, usaha yang terbaik. Now aku cuma usaha utk perbaiki hubungan dgn Allah. Dgn harapan aku dapat jadi Siti Sharena Binti Rusli yang lebih baik daripada seadanya sifat lahiriah diri aku. Bantulah aku ya Allah.....

Aku juga pernah baca kata-kata, tak semua orang suka kita...kita sendiri pun tak suka semua orang. Hmm, ada kebenarannya juga di situ. Cuma aku walau pun tak suka dengan orang tu, aku cuma elakkan dia ajelah. Kalau sembang pun kita lite - lite je. Yang perlu. Tak perlu nak beriya sangat. Elakkan sebarang konfrontasi. Kalau boleh taknak tambah rasa tak suka kita pd orang tu. Bukankah lebih baik begitu?

Ada orang, semakin lama kita kenal dengan dia, semakin banyak dia mengumpul rasa tak suka pada diri kita. Kebaikkan kita dipandang sebelah mata. Yang buruk tu ajelah yang dia highlight pada diri kita. Semuanya serba tak kena. Tersilap langkah walaupun kita lansung tak berniat apa-apa, makin menggunung la keburukan diri kita yang dia kumpul. Ya, dia akan makin terus tak suka pd diri kita. Adakah itu maknanya dia berdendam? Aku keliru. Aku tak sangka ada manusia yang menyimpan rasa dendam pada diri aku. Jahat sangatkah aku ini ya Allah.....

Setiap tahun kita saling bermaafan terutamanya bila menjelangnya Ramadhan & Syawal, tapi bila selepas-selepas itu ada yang tak kena, perkara yang lama di ungkit kembali. Ikhlaskah dia memaafkan diri kita sebelum itu? Aku tak faham. I just don't get it. Dia kata dia dah maafkan kita, tapi kenapa perlu ulang perkara yang sama again and again?

Aku rasa spt akulah manusia yang paling jahat & buruk perangai pernah wujud di muka bumi ni bila bersemuka dengannya. Kata-katanya sangat tajam & menghiris hati. Apa yang dia pentingkan cuma tentang perasaannya terhadap perbuatan, kata-kata mahupun penulisan kita. Tak pernah sekali kah dia ingin tahu tentang perasaan kita? Kenapa semuanya perlu tentang perasaan dia sahaja?

Adakah kerana aku muda, maka perasaan aku tak layak untuk di ambil tahu?

Adakah kerana aku orang bawahan, maka perasaan aku tak layak utk dipedulikan?

Betul lah. Tak semua orang suka kita. Baiklah. Walaupun dia suka bersembang, ketawa & senyum dengan aku, jangan sesekali aku anggap dia SUKA pada aku. Dia TAK PERNAH SUKA pada aku. Tak pernah terima diri aku SEADANYA aku. Terlalu banyak kelemahan & keburukan aku dimatanya. Titik. Noktah. The End.

Aku bersyukur akhirnya setelah bertahun-tahun, aku faham akan hakikat ini. Aku faham siapa diri aku ni pada diri dia. Terima kasih Allah kerana membuka mata hati ini. Aku takkan berharap apa-apa lagi padanya. Dia adalah dia. I can never be good enough for her. I can never satisfy her for being who I am.

Aku silap tentang dia. Aku silap banyak perkara tentang pandangan dia pada aku. Ya, ianya salah aku sendiri. Bukan dia. I should never crossed the thick line between us.

Kecewa. Ya. I thought dia dah berubah. I thought dia fikir begini. I thought this and that. But it just my thoughts. Its wrong. Totally WRONG.

Aku harap. Aku harap aku tak pernah memperlakukan manusia lain seperti dia memperlakukan aku. Aku mohon pada Allah. Aku tak suka bermusuh dengan sesiapa. Aku tak suka memupuk rasa benci pada sesiapa. Aku akan cuba menerima setiap manusia seadanya dirinya. Baik & buruknya. Aku cuba terima keduanya. 

Aku cuma perlu sedar siapa diri aku pada pandangan seseorang itu. Adakah cuma sebagai kawan, sahabat, pekerja, kakak, adik dan sebagainya. Wallahualam.


Aku mohon keampunan Mu ya Allah. Berikanlah aku sifat sabar & selalu bersangka baik dengan manusia. Aku hanyalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Di mata manusia, apatah lagi di mata Mu :'(












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat