Peristiwa Menarik di Tanah Haram

Bila kita dah pernah sampai ke Tanah Haram, antara soalan feveret yang diajukan kepada kita ialah " ada apa-apa kejadian yang menarik ke masa kat sana? ". Femes sangat hoiii soalan ni. HAHAHA. Betul tak Ily? Hehehe

Aku sebenarnya cuba untuk berhati-hati dalam bercerita tentang apa yang terjadi sepanjang aku berada di sana. Bukan lokek ke ape, tapi mostly sebab takut timbul RIAK pulak dalam hati. Lebih-lebih lagi kalau kejadian tu menampakkan macam kita ni so called ' orang baik-baik ' atau ' 'istimewa' kununnya di sisi Tuhan yang Maha Esa.

Ahh...aku tidaklah seistimewa mana pada pandangan Allah. Tak mungkin lah! Bejuta lagi muslim yang kuat beribadah daripada aku. Yang jauh lebih baik drp aku. Aku hanyalah sekerdil-kerdil hamba Allah. Kalau dari sudut pandangan manusia, dilihat dari ekor mata je layaknya. Siapalah aku nak dibandingkan dengan muslim lain seluruh dunia ni kan. Takpe, aku memang sedar diri bab ni ^^

Adalah beberapa kejadian special berlaku pd aku kat sana. Alhamdulillah. Best je kalau ingat balik moments tu. Ada lah agaknya kebaikkan dlm diri aku yg di terima Allah. Wallahualam.

Yang tak berapa nak best pula ada 2 la seingat aku. Pertama pasal selipar 3 kali hilang & aku mcm mengumpat orang kot, nyaris-nyaris terjatuh masa jalan kat dataran Masjidil Haram tu. Sebenarnya selipar 5 riyal tu jenis takde bunga, mmg kena jalan hati-hati sikit kat marmar. Tapi aku rasa sbb aku mengumpat orang sama. Tak rasa pun mcm mengumpat tp mcm perli gitulah. HAHA. Takpe, pengajaran sikit pada aku =P

Sesuatu yang istimewa di Tanah Haram, jerawat batu yg suka naik kat dagu ni seakan mati pulak kat sana. Kira dia takde pula nak keluar. Aku noticed  bila sampai di Jeddah utk balik ke Msia, barulah rasa sakit-sakit jerawat nk tumbuh. Kemain lagi dia. Tak menyempat ye nak munculkan diri. Masa kat Tanah Haram kemain baik lagi dia. Heheheh ^^ Sampai Msia terus terbonjol merah gitu. Cisss -..-"

Itulah salah satu keistimewaan di Tanah Haram. Tempat yang sangat barakah =)

Ketika di mataaf. Depan pagar tu nampaklah Kaabah dr atas dengan jelasnya ^^






Popular Posts