Umrah Wajib/ Kali Pertama

Kami meninggalkan Kota Madinah sebelum Asar. Lepas solat Zohor berjemaah di Masjid Nabawi, kami terus melaksanakan Jamak Takdim solat Asar sekali. Ramai yang mengambil peluang utk tidur sepanjang perjalanan lebih kurang 5/6jam ke Kota Mekah. Kami berhenti di Bir Ali untuk miqat Umrah wajib yang pertama bagi aku & sunat bagi yang dah pernah mengerjakan umrah atau haji sebelum ini.

Bila dah berniat umrah, maka secara rasminya kita dilarang melakukan 13 pantang larang di dalam ihram. Antaranya memakai bau-bauan & menggugurkan segala jenis rambut dengan sengaja. If terbuat pun kadang dah boleh jatuh dam. Dam ni macam penalti ah senang cakap. Denda. Kena digest bebetol pantang larang dalam ihram ni sebab ianya sangat penting.

Kami mulai masuk ke Kota Mekah dalam pukul 11malam. Bila nampak jam besar yang tinggi dari kejauhan, hati dah berdetak. Ya Allah, di situlah beradanya Kaabah. Dalam teruja ada rasa bimbang, terharu & sebagainya. Perasaan yg bercampur aduk. Pukul 11.30malam kami sampai ke hotel Al Shohada & mutawif kami anak muda dari Indonesia yang sangat lembut & peramah menyuruh kami naik ke bilik utk mengambil wudhu' kerana kami akan terus melakukan tawaf seterusnya saie selepas itu.

Ambil wudhu pun dengan berhati-hati ye sebab dah di dalam ihram. Serkop kepala pun aku cuma tarik depan sikit je utk menyampaikan air kat rambut. Risau kalau buka semua nampak rambut yg gugur & was-was mula timbul. Jalan selamat, minimakan sebarang perbuatan yg boleh menyebabkan kita kena dam. Pukul 12.15malam kami berjalan beramai-ramai dalam 28 orang menuju ke Masjidil Haram. Ya Allah, berdebarnya hati Allah saja yg tahu. 

Sepanjang perjalanan aku berdoa pd Allah utk diberikan kekuatan fizikal & mental utk melakukan ibadah umrah. Doa ' rabbi yassir wala tuassir rabbi tamin fi khair' juga tidak lekang daripada bibir. Hati terasa sayu. Kaki sudah jejak di Tanah Haram. Air mata mengalir laju. Ya Allah, aku datang ke rumah-Mu. Terimalah ibadatku. Permudahkanlah urusanku.

Ibadah umrah pertama utk aku dilaksanakan dengan penuh emosi. Air mata seakan tidak mahu berhenti mengalir terutamanya sewaktu mengerjakan tawaf. Selesai tawaf, kami terus ke tempat saie di bukit Safa & Marwah. Kekuatan fizikal kita banyak dicabar sewaktu mengerjakan saie. Ada dalam 3.5km lah senang kata kita ulang alik tu. Cuma tempatnya berhawa dingin & di bahagian tengah atr 2 bukit tu ada tempat air zamzam. Boleh minum air or sekadar nak basahkan muka. Saie ni kita buatnya relax je sebab boleh nak berehat if penat & tidak perlu sentiasa dalam keadaan berwudhu'  like ibadah tawaf. Cuma semua org klu boleh nak cepat habis sebab nak cepat-cepat lepaskan diri drp pantang larang ihram dengan bergunting sebaik selesai ibadah saie.

Di kawasan saie

Sempat lagi tu hehe

Muka ada senyum sebab dah selesai saie


Bergunting mudah aje. Habis je kat bukit Marwah, soh habi guntingkan ekor rambut kat bahagian tengkok tu je. Sbb pakai telekung, boleh je cover mana yg patut. Takde masalah. Nak gunting sendiri pon senang je. Lega sangat bila dah bergunting. Tak fikir dh tentang pantang larang dlm ihram. Selesai je umrah pertama, terus ke ruang solat Masjidil Haram menunggu waktu solat Subuh berjemaah sambil melepaskan lelah =)

Betulkah dah sampai di Majidil Haram??? Rasa mcm tak percaya

Alhamdulillah. Selesai umrah wajib, umrah yang pertama utk aku ^^


Pemandangan dari tingkap bilik hotel kami






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat