Gembira & Sedih

Semalam buat pertama kalinya Nazif menyusu dengan aku masa mata dia tengah celik. Macam tak sangakanya huhuhu. Saje je masa tu sua kat dia bila dia merengek. Cuba nasib orang kata. Sekalinya dia ngappp. O__o Huuu...happy tak terkata. Tapi lepas tu masa dia merengek nak tido, aku sua dia taknak balik dah. Hmm..masih belum pulih sepenuhnya nursing strike dia kat aku. Takpelah nak. Pelan-pelan kayuh la yer. Waktu dia tido pun dah dapat 2/3 kali feeding. Alhamdulillah =)

Ada musibah yang melanda aku berkaitan duit. Rasa macam ditipu pun yer. Plus salah sendiri jugak sebab tak berhati-hati. Tak baca terms & conditions bebetol. Allahu....benda nak jadi kan? Anggap sebagai pengajaran ajelah. Rezeki Allah yang bagi & Dia jugaklah yang ambil. As usual, apa pun musibah, kita kena bersangka baik selalu pd Dia. InsyaAllah in future akan diberikan rezeki yang berlipat ganda. Amin.

Kad debit atm pun dah tukar. Lega rasanya. Nantilah one day aku story kat sini bila semuanya dah selesai. Masih ada bbrp perkara yg kena settlekan bab ni. Tak berharap sangat dapat balik duitnya, tapi something must be done lah. And have to write here sbg peringatan pada pengguna kad debit or credit card khususnya berkaitan penipuan online ni. InsyaAllah. 


Abaikan jelah baju yang bersidaian kat kerusi tu yer. Petang semalam hujan. So sampai rumah, baju pun lembab. Sidai jelah kat dalam kena angin kipas cepat sikit keringnya. Oh..budak yang tengah duduk tu skrg kemain lasaknya. Dah sibuk nak panjat tangga & sofa pulak. Kaki dia tu bukan stabil sangat. Terhoyong hayang je aku tengok. Ngeri ahh. Nak gugur jantung tengok dia berpaut gitu kaki kecik.

Dia teruja nak main dengan kakak la tu. Si kakak pulak asyik memanjat sofa pastu lompat ke bawah siap guling bagai. Adoyaii...si adik tengok pon kemain la excited. Macam best gaknye dia tengok main gitu khen. Tu yang kemain usaha nak panjat sofa bagai -,,-"

Nazif ni merangkak dengan lutut pun belum ye. Agaknya dia skip kot bab tu. Sbb combat dia tu makin laju aku tengok. Ritu ada nmpk dia try topang tangan & angkat lutut. Tp pastu dia rasa tak best kot hahaha. Terus turun balik & combat. Ni dah nak meniti pulak. Pas meniti kang berdiri & berjalan lah tu kan?

Takpelah lambat skek dik. Bagi ibu tarik napas dalam-dalam dulu sbg persiapan mengejar awak sok @__@













Popular Posts