Rezeki Hidup

So hari ni nak cerita apa pulak kat sini? Jap pk hehehe....

OK cerita pasal family aku pulak. Kisahnya Abah dah tukar kereta Vios kepada City. From Toyota to Honda. Kaler tetap sama, putih. Sejak dulu nampak habi pakai Myvi putih sampai lah ke Almera putih, Abah memang dah kenan kaler putih utk kereta. Taknak kaler lain dah dia. Putih memang menawan hohoho. Suci murni gitu.

Tak sabar nak test drive kereta City tu. Tak pernah lagi drive kereta Honda.

Anje pulak dah nak tamat training Polis selama 6 bulan di Pulapol, KL. Sabtu ni dia ada perbarisan. So mak & abah will attend lah. After that dia cuti 2 weeks & masuk semula utk tahu penempatan bertugas kat Balai Polis mana. Tak sangka ada adik beradik yang keje as a police. Tetibe mcm bangga skek ekekeke. Tahniah Anje sbb berjaya mengharungi training Polis yang terkenal tough nya itu.

Agaknya dalam adik beradik aku yang paling tak berjaya dalam kerjaya kot. Malunya huhuhu. Tapi takyah la nak ukur drp segi tu sgt. Sebab life aku OK je, syukur Alhamdulillah. Rasa complete je dengan sepasang anak, suami yang baik & ahli keluarga yang semuanya baik belaka. Even duit tak banyak mana, tetap rasa happy. Cukup lah tu takyah nak tamak sangat semuanya pun nak =P

Adik ipar yang bongsu pun dah masuk ke Uitm Pasir Gudang utk meneruskan pengajian. Ritu dia kat Uitm Penang. Adik ipar lagi sorang ritu tukar kerja. Ni nak tukar kerja lagi. Murah rezeki dia banyak dpt tawaran kerja yang masyuk.

So semuanya baik-baik aje. Mak & Abah ada kat rumah Kak Ya. Hari ni abah ada check up jantung kat HUKM. Hope everything is OK. Bila mak called & sampaikan ttg peneroka meninggal, rasa takut sangat. Teringat kat mak abah yang jauh if anything happen to them mcm mana. Rasa mcm tak sanggup menghadapai kematian dlm keluarga terdekat ni. Tapi sbg hamba Allah, kita kena redha dengan ketentuan Dia. Setiap yg hidup pasti akan mati. Tah tah aku yg mati dulu drp mak abah. Who knows kan?

Walau apapun moga kematian yg menjemput tu nanti dlm keadaan baik & layak masuk Syurga hukhukkk. Amin ra rabb.




Rindunya mahu ke rumah Allah lagi. Hrp ada rezeki dapat pergi tiap tahun kesana. Kalau rezeki banyak, nak pergi dengan semua ahli keluarga yg ada. Mak, Abah, semua adik beradik,anak-anak, ipar duai & anak buah. Moga Allah rezekikan. Amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat