Jumaat Ramadhan Terakhir

Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. InsyaAllah Isnin nanti kita semua akan meraikan hari kemenangan menahan lapar & dahaga, menahan hawa nafsu & beribadat dengan lebih tekun pd 1 Syawal 1435H.

Uniknya malam tadi merupakan malam ke 27. Semalam juga kami sekeluarga berbuka puasa di hotel Cyberview Lodge bersama dengan staf SH Tech & ahli keluarga masing-masing. Ini merupakan majlis wajib oleh SH Tech dimana inilah masanya setahun sekali staf berkenalan dengan ahli keluarga staf yang lain.

Staf kampeni habi ni bukan ramai sgt pun. Dalam 20+ gitu je rasanya. Tapi sbb stp tahun jumpa, so mmg dah kenal la ahli family masing-masing. Antara isteri-isteri, suami-suami & anak-anak.

Sampai rumah mlm td around 10.30pm. Ya Allah, mengantuknya tak terkata. Lepas solat, set dalam otak harapnya terbangun lah awal sblm waktu sahur nk buat ibadat apa yg patut. Alhamdulillah akhirnya berjaya menggagahkan diri bangun pukul 3pagi. Pukul 4pagi turun dapur, masak nasi & goreng telur masak sweet sour kicap. Lepas sahur, I tried to sleep tapi sampai skrg kat office ni mata tak mau lelap T__T Aiii nape tah jadi gini. Fizikal rasa letih, kepala berat, tapi otak rasa cergas. Guane tu?

Harapnya dekat waktu Zohor nanti dapat la lelap skjp kat Surau. Tingtong dah rasanya ni. Tetibe mcm byk angin keluar dari mulut. Perut rasa sangat tak sedap. Bertabah ajelah. Hari ni nak berbuka apa pun tak tahu lagi. Yg pastinya mmg takkan masak dah. Dapur dah kilat aku lap pagi tadi. Malas nak kotorkan lagi.

Malam ni kena pack beg nak balik Johor. InsyaAllah sebelum sahur around 4am akan bertolak ke Johor. Sahur dlm perjalanan ajelah. Berhenti kat mana-mana RNR terdekat. Aku rasa mcm nak tapau sesiap je apa-apa utk perut aku. Habi maybe tak boleh la pasal dia selalunya nak juga pekena air panas secawan. Aku payah skek nak keluar dr kereta apatahlagi if Nazif & Naurah tengah tidur. Tak sampai hati nak kacau tido bdk2 tu. Utk solat Subuh jelah takde arah tetap kena keluar kereta jugak.

Rasanya lebuhraya Plus akan sibuk tak kira waktu mana pun kita bergerak. Dah namanya mmg semua orang nak balik ke kampung kan. Setahun sekali je pun lalui situasi ni. Harapnya takde lah jem teruk sangat.

Moga kami sekeluarga selamat pergi & balik. Ya Allah, permudahkan & lindungi perjalanan kami.

Selamat Menyambut Syawal utk semua pembaca blog ni. Kosong-kosong ye! 0-0

Goodbye RAMADHAN 1435H. Moga bertemu kembali 1436H nanti. InsyaAllah. Amin.





Salam sayang dari mereka berdua juga ^__^






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat