Sabar Boleh Tak?

Opis ni dalam peralihan pertukaran server lama kepada server baru. So internet adalah tidak stable buat beberapa hari yg lalu dan yang akan datang. As usual ramai la yang potpet bile internet tak betul ni. Kdg termasuklah aku yg sllu guna wifi free using henfon neh. Hehehe. I am just a normal human being.

Tapi bila dah tau habi turut sama tungkus lumus buat keje set up server baru ni, kerja lebih masa balik 3-4pagi, bangun sahur & pergi kerja juga esoknya, rasa mcm bersalah la pulak sbb tak sabar nak tunggu semuanya kembali normal spt dulu. Habi & his collegues bertungkus lumus buat kerja, kita ni sesedap rasa je komplen itu ini. Sah sah kurang dah pahala puasa kita kan.

Tukar server baru ni bukan sekali buat terus perfect semuanya. Bukan dia boleh stable sekelip mata. Akan ada lah komplikasi sana sini sblm semuanya OK. Bila buat time odd hours, takde users, memang lah OK je. Bila dah hari bekerja, semua access internet sekaligus, barulah dapat detect if ada apa-apa yang tak kena.

Tadi otw ke office dlm kereta lagi dah ada orang office yang called habi cakap problem internet ni. Pastu aku sampai office, ada lak dengar suara sumbang bising-bising marah cakap buat lah hari tak berkerja pasal server ni semua. Cakap if emel penting masuk macam mana. Mengganggu kerja etc.

Elehhh...kunun emel penting. Padahal kalau org emel dia bukan dia pernah reply ape pun. Ramai je yg komplen psl dia payah sgt nk reply emel bagai. Tetibe je kannnn. Mcm la xtau dia tu asek tengok saham la ape la kat opis tu. Nyampah okay org mcm ni. 

Sebab dah hari ke-3 aku tak puasa, maka melampiaskan segala rasa amarah disini kohkohhh. Dia tak tau laki aku kemain lagi buka pun tak sempat kat rumah pasal nak buat keje pasal server ni taw. Sampai rumah waktu sahur pastu pergi kerja lagi. Rasa nak je jerit kekuat kat telinga dia tu. Hmmphhh!

Jerit macam budak ni agagaga =P

K....skrg aku yg kena bersabar sebenarnya. Hahaha.

Biasalah kan...dalam fikiran ni kdg bermacam idea jahat datang menerjah. Tapi hakikatnya tak sampai hati & tak reti pun nak jadi jahat & kejam tu mcm mana. Dapat luah rasa jahat tu dalam penulisan ajelah HAHA

Nanti nak cuti raya minta maaf kat semua. Ngeee =P






Popular Posts