TGI Friday Alamanda. Poor Service on Ramadhan.

Akhirnya dapat pun berbuka kat TGI ni. Hari tu pergi main terjah je. Rupanya bulan puasa ni kena buat reservation dulu ye. So balik la kami dalam kehampaan. Tapi dapat makan nasi arab kat Al Qasr, The Street Mall. Support our tenant lah. Haha. Sebbaek habi kata sedap ^__^ Memang sedap pun. Masa kami food tasting dulu semuanya sedap belaker. Recommended! Sayangnya takde pic masa kat sana sbb terlampau lapar suda. Makan tak pandang kiri kanan dah. Org yg berbuka buffet pakat dah balik semua. Sebbaek diorang nak lg amek order ala carte :)

Minggu terakhir Ramadhan ni, kami memang dah malas nak re-stock barang basah dapur. Sebab lepas ni cuti seminggu straight kan. Nak balik Johor. Pastu balik Semenyih pulak. Tak syok ah brg basah simpan lama sangat dlm freezer tu kan. Dah tak fresh sgt gayanya. So kami byk ber iftar dengan juadah luar samada beli di bazar & makan di rumah. Atau makan kat luar lepas settled solat Maghrib.  Senang solat dulu sbb lepas tu boleh makan dengan tenang tak perlu nak risau terlepas waktu. So berbuka ala kadar je dulu dengan kurma atau air.

Semalam dekat nak balik aku saje jelah try call TGI Alamanda. Bdk ppn yg pick up call & dia kata tgh susun table utk org yg dah reserved. She will call back around 15 minutes after she finished arranging the table whether aku dapat slot ke tak. And then tak lama dia pun called cakap OK. Ada meja lagi. Yeayy! Informed habi & he's okay. Double yeayy. 

Lepas solat kat surau Alamanda, kami pun gerak la ke TGI. Sekali kan mamat yg jaga reservation tu kata he tried called me earlier nak inform slot aku sbnrnya dah di cancelled due to budak ppn tu salah kira ke guana tah. Down gila dh masa tu. Rasa bersalah kat habi pun yer sbb mesti dia dah lapor tahap nk makan org masa tu. Haha. But then the guy was quite polite. He said sorry and then he looked around & said he will try to clean some table for us since kitorang pun dah sampai situ kan. Dia pun mesti tahu kitorang dah lapar tahap cipan masa tu. Nak pergi tempat lain mesti banyak yg full.

He said it will take around 15-20 minutes for him to do so. So I said we just wait at the front & just call us back if the table is ready. He said OK. Tak lama lepas tu dapat lah table. Ramai jugak yg dtg lepas tu tapi dia declined sbb dah tak menang tangan kot. Service pun poor sangat lah. So I guess its not a good time to have iftar at TGI Alamanda considering its the last week of Ramadhan. Sepatutnya dah ready la dgn crowd kan. Lagi pulak based on reservations. Ini nmpk mcm tak cukup staf & kelam kabut. Hantar order pun main belasah je ke table mana. Tak appropriate lansung! Not a good service at all!

Nak place order pun punyelah lama. Waiter tak pandang customer sbb sibuk sangat. Menu pun habi ambil sendiri. Mintak warm water dpt hot water. Nak request ice lemon T yang free flow pun takde sape nak attend. Cutlery & tissue kena ambil sendiri. Dishes dah depan mata tapi takde cutlery. Sabar ajelah. Ribs boleh la selamba pakai tangan. Tapi grilled lamb??? Takkan nak gigit daging kamben besar gitu bawak ke mulut? Hahaha. Tak masuk akal pulak. Buruk perangai.

Sepatutnya bila kita order main dishes, if ada kids deme akan akan dpt free meal for kids portion. But the waiter tak offer pun. Dia ambil order kitorang pun takde tulis. Main ingat je. Sebbak order 2 main dish & 2 ice lemon T je. Buatnya dia tersalah order, mmg saja nak menaikkan kemarahan la kan? Aku nak je mintak dish for kids tu pasal kita bayar mahal ape makan kat TGI tu. Tapi dh tengok kelam kabut gitu malas pulak jadinya. So kongsi ajelah apa yang ada dgn budak-budak. Naurah makan ribs banyak sbb mmg feveret dia. Terpaksalah ibu mengalah habiskan coleslaw dgn fries je. Dia siap warning ibu jgn makan banyak dia punya ribs -..-"

Merasa la cilok sket lamb grilled habi. Pun tak sampai hati nk makan byk pasal tau habi pun lapor tahap tenuk dah masa tu. Dahulukan perut orang lain jelah. Biasalah dh jadi mak-mak ni kan. Perut suami & anak-anak menjadi keutamaan. Harap dpt pahala banyak atas pengorbanan itu. Bwahahaha =P

Before Ramadhan, makan jgk TGI dgn Kak Ya & SIL. OK jer service. Yelah sbb orang pun tak ramai masa kami pergi tu. Weekdays pulak. Kesimpulannya, lepas ni bulan puasa tak payah la nk makan TGI Alamanda kalau taknak sakit hati. Hehehe.

Apapun puas dah la dapat makan ribs tu. Memang teringin sangat nak makan. Plus Naurah pun suka & happy tengok dia makan dengan penuh selera. Alhamdulillah.





Sementara menunggu makanan sampai. Sebbaek lepas order tak lama sangat tunggu nak dapat makan & minum.





Popular Posts